Tuesday, February 18, 2014
PIC OF THE DAY .... RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI BUAT PARA PEMIMPIN UMNO PANIK DAN GELABAH.
Gambar ini dirakam semasa "sembang petang” di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Norlela Ariff di Kajang semalam.
Pemimpin masyarakat yang cukup terkenal dan berpengaruh dikalangan rakyat terutamanya kaum Melayu di Kajang, YBhg Dato' Ujang Bagong semasa hadir di SEMBANG PETANG telah dengan secara spontan bangkit dari tempat duduknya terus mendakap dengan rasa kasih dan hormat kepada DSAI yang ketika itu sedang menyampai ucapan ringkas mengapa perlu diadakan PRK Kajang dengan beliau diangkat sebagai calon KEADILAN/PR.
Dato' Ujang Bagong amat dihormati oleh kawan dan lawan .. pengaruhnya cukup besar dalam menentukan arah tuju sokongan kaum Melayu di Kajang.
Kalau para pemimpin UMNO cuba menafikan kesan pengaruhnya amat sedikit dari sokongan pengundi Melayu maka amat jelas ianya suatu penipuan sekadar cuba memujuk hati yang sedang duka nestapa, panik, gundah gelana dan cuak.
Kehebatan DSAI dalam mengamit sokongan amat dikagumi ... Jelas perjuangan yang di bawa DSAI adalah benar dan menyakinkan.
Sebab itu modal pemimpin-pemimpin UMNO kini ialah modal kitar semula ... modal lapok pupus tarikh sejak 16 tahun lalu masih dijaja .. serangan peribadi jijik menjadi senjata utama.
UMNO nama saja UMNO Baru tapi berpolitik secara purba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.