`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 17, 2014

Setelah Dicabar.. Perkasa Berani Buat Pusingan U?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyahut cabaran PAS dengan mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan mempersoalkan umat Islam hari ini yang terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Jakim perlu segera bertindak kerana kenyataan Kassim yang turut mengatakan rambut bukanlah aurat bagi wanita dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," kata Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz yang merupakan ketua penerangan parti Islam itu mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno agar mengadakan bantahan terhadap Kassim yang dikatakan menghina Islam.

Semalam, forum berhubung pemikiran Kassim di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.