`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 11, 2014

TAHNIAH!!! ADA LAGI ORANG BODOH MACAM NIH KAT MALAYSIA

Tergoda dengan ‘kekasih maya’ yang kononnya gadis jelita dari United Kingdom (UK), seorang duda kerugian lebih RM300,000 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek di luar negara.

Ahli perniagaan berusia 40-an dari Kuala Selangor itu dikatakan baru beberapa bulan bercerai, terjerat dalam ‘cinta ekspres’ dengan suspek yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook, Disember lalu.

 Modus operandi digunakan sama seperti sindiket cinta siber lain, memujuk dan menggoda mangsa menggunakan skrip cinta sehingga mampu menjerat duda beranak dua itu.

Pegawai Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Syafik Jinuin Abdullah, berkata dalam tempoh perhubungan mereka, suspek berjanji mahu ke Malaysia untuk mengahwini mangsa.


“Selepas mangsa memaklumkan sedang mencari cinta baharu kerana perkahwinannya musnah, suspek melihat peluang itu untuk memperdaya ahli perniagaan berkenaan dan memujuknya melabur dalam satu perniagaan di UK,” katanya kepada BH, semalam.

Bagaimanapun, selepas lebih RM300,000 dimasukkan ke dalam akaun peribadi ‘kekasihnya’ di luar negara, suspek menutup akaun Facebook miliknya, Rabu lalu dan terus gagal dihubungi sehingga kini.
Mohd Shafik berkata, sebanyak 20 peratus mangsa penipuan sindiket cinta siber adalah lelaki dengan dalangnya yang dipercayai beroperasi di Afrika mudah memperdaya kerana sifat tamak mangsa sendiri mahu mendapat untung berganda menerusi pelaburan yang belum tentu.


“Selain pelaburan perniagaan, sindiket turut menawarkan wasiat harta, pekerjaan, penghantaran bungkusan hadiah dan lain-lain yang kononnya akan diberikan selepas sejumlah bayaran pendahuluan dimasukkan ke dalam akaun tertentu,” katanya.

Minggu lalu, polis mematahkan satu sindiket membabitkan lima warga Nigeria dan seorang wanita tempatan yang menjadikan Facebook sebagai medium untuk melakukan penipuan dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi.

Kegiatan African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka.

p/s: bagilah kesedrana yang macamana sekalipun,selagi tak kena selagi itu lah tak sedar diri..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.