`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 17, 2014

Undi Anwar bermakna undi Amerika kata Tun Mahathir

BERIKUT adalah kenyataan Tun Mahathir seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Beliau mendakwa undi Anwar di Kajang bermakna undi Amerika.

‎Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia boleh mengundi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mahu sebuah "kerajaan pro-Amerika".

"Jika kamu mahu sebuah kerajaan pro-Amerika, sila undi Anwar Ibrahim (dalam pilihan raya kecil DUN Kajang)," katanya.

Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucap utama satu majlis di Institut Diplomasi dan Hubungan Laur di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, beliau membidas kuasa Barat kerana "mengenakan syarat terhadap demokrasi" termasuk hak komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LGBT).

Di bawah ini gambar pertemuan Anwar Ibrahim bersalaman mesra dengan Presiden Amerika yang paling suka berperang iaitu Bush.



-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.