
Rancangan rekonsiliasi nasional.
Saya melihat pengumuman Najib dan perwawaran dalam blog nya mengenai National reconciliation Plan(NRP) hanya mahu menyukakan hati rakyat sahaja. Najib mahu menunjukkan kepada umum bahawa dia siang dan malam memikir mengenai perkara rekonsiliasi. Tapi semua orang tahu, Najib bukan Tun Razak.
Sampai kepada saat ini, rakyat semua sudah tahu bahawa Najib hanya cakap besar tapi perlaksanaan nya tidak ada. Najib hanya pandai menabur janji tapi semua nya kosong.
Dengar sini. PM ada plan. Kau orang jangan kata dia tidak boleh berfikir. Kau orang jangan memperlekehkan dia. Dia wira termelayu abad ini. Barang siapa mencerca dia, maka akan dibalasi dengan tawaran upah RM5000 untuk menampar si pencerca. Ayam, itik,kambing dan lembu dan kalau ada kerbau balau akan disembelih dan darah akan disimbah pada gambar, dinding rumah, tangga pejabat dan sebagainya. Ini Najib laut biru tau.
Sabda Najib: At today’s cabinet meeting, my ministers and I examined a plan to develop and promote an environment which is conducive to and will help promote national reconciliation through unity and consensus in the country.
Ertinya, plan sudah ada. Seperti biasa dengan plan2 nya sebelum ini, sudah pasti NRP kali ini disiapkan oleh pakar runding yang Najib bayar jutaan Ringit selama beberapa tahun. Pemimpin Melayu malas menggunakan otak sendiri. Suatu hari nanti, bila anggota badan manusia boleh dipasarkan, sudah tentu otak orang Melayu antara yang termahal kerana kurang penggunaanya dan kurang susut nilai. Dikalangan orang Melayu, otak orang UMNOlah yang termahal sebab tidak diguna lansung.
Dengar jangan tak dengar. Mempromosi pertautan semula melalui perpaduan dan persetujuan. hanya Najib tidak beritahu kita, bagaimana dia mahu mengajak pihak pembangkang bertaut semula. Bagaimana mendamaikan resah 51% rakyat yang tidak menyokong BN. bagaimana Najib merancang untuk menghormati pilihan majority? Kecuali dengan berdepan dengan isiu2 ini, Najib tak usahlah cakap besar mengenai national reconciliation.
Dengan terus meneruskan menidakkan bahawa pembangkang (PR) mendapat 51% undi popular, ianya tidak dapat mengujudkan rekonsiliasi.
Najib sudah bercakap. Kita ada plan perdamaian untuk bertaut semula. Kita buat senyap2 bukan macam pihak pembangkang yang bising. Macam kita tibai wang rakyat lah- mesti lakukan senyap. Mana boleh bising. Tapi kita tak mahu kerajaan perpaduan. Kita bertaut tapi on UMNO’s terms.
Ini buah fikiran terhebat lagi terkini. Dari seorang pembaca strateji laut biru.
Mari kita lihat dan analsa punca perbalahan.
Apa yang menyebabkan perbalahan dan perpecahan? Isiu Allah yang tidak jadi masaalah di Malaysia Timur tiba2 menjadi punca perbalahan kerana ada beberapa orang pemimpin UMNO mahu jadi wira dan mengjaguhi isiu tersebut. Bagaimana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengurangkan iman dan aqidah orang Melayu? Kita ini hendak mengIslamkan Melayu atau meMelayukan Islam?
Bukan setakat itu sahaja, pemimpin UMNO yang kurang cerdik tapi mulut besar membelasah puak Syiah dan melabelkan mereka bukan Islam. Sesama Islam pun puak UMNO ajak berkelahi. Padan muka apabila kepentingan ekonomi Malaysia tergugat kerana mulut tempayan setengah pemimpin UMNO. Sekarang tanpa perasaan malu pemimpin UMNO meminta bantuan dari PAS untuk bertaut semula.
Apa punca nya perpecahan dalam masyarakat kita? Salah nya mesti terletak pada kerajaan kerana mereka menguasai pentadbiran dan berkuasa keatas jentera pengkerajaan. Punca asas ialah keangkuhan dan kesombngan pemimpin BN yang paranoid dan tidak menghormati keputusan rakyat. salah nya ialah kerajaan yang dungu yang tidak tahu konsep entirety rule- yakni sesudah menguasai kerajaan federal dan negeri, mereka menjaga kesemua rakyat bukan menjaga kelompok mereka sahaja.
Kerajaan yang tidak peka kepada kenyataan mereka sudah tidak ada kemenangan moral tidak akan mahu berdamai. Kenyataan nya, BN hanya dapat 47% undi popular. Kesedaran hanya mendapat 47% undi popular sepatutnya menyebabkan kerajaan peka kepada aspirasi rakyat. fakta tersebut menunutut kerajaan melaksanakan dasar yang menyukakan rakyat.
Bagaimana plan rekonsilisasi dapat berjaya jika kerajaan memusuhi rakyat. yang tidak menyokong mereka, dimusuhi dan dianggap tidak patriotik. Kritikan terhadap pemimpin dibaca kerajaan sebagai menghina bangsa Melayu. Siapa yang angkat Najib dan Rsomah sebagai wakil orang Melayu?
Bagaimana mahukan rekonsiliasi jika kerajaan tidak adil. agihan kekayaa negara terus dimonopili oleh segelintir orang yang berkuasa dalam negara ini. Golongan orang Melayu yang 40% terbawah hanya berkongsi 12% kekayaan dan pendapatan bangsa Melayu. Selagi isiu agihan kekayaan tidak diselesaikan, plan rekonsiliasi nasional hanya omongan kosong Najib.
Kepimpinan yang lemah. Fakta nya Najib ialah pemimpin yang lembik dan lemah. Selagi dia mengepalai kerajaan, selama itu negara ini akan menuju kemusnahan.
Ambil contoh cara Najib laut biru menyelesaikan kekecohan yang ditimbulkan oleh elemen2 pelampau. Kerajaan tidak ambil tindakan keatas agent provocateurs.
Bagaimana solusi Najib laut biru? Dia menasihatkan rakyat supaya jangan beri pablisiti kepada golongan pelampau. Golongan pelampau ialah penyokong UMNO dan BN. solusi nya mengenai isiu puak pelampau ialah orang yang dilampaui jangan beri pelampau pablisiti. Ini buah fikiran dari PM kita? Hebat. Bandingan nya, pemilik lembu yang kena curi, jangan melapurkan kepada polis mengenai pencuri. Pandai atau pandir PM kita ini?
Nah ini dia PM yang muncul dengan 1 itu dan ini, Model Ekonomi Baru yang menyebabkan harga barang semua naik, hasil negara turun, duit kerajaan kehabisan. Ini dia PM yang muncul denegan BR1M sambil mengharamjadahkan orang yang tidak sokong BN dan UMNO. Ini bintang yang bergemelapan dilangit gelap Pekan Pahang.
Jika Najib hendak tahu, kunci kepada perdamaian ialah peri wajibnya pemeriintah berkelakuan bertanggung jawab dan akauntable. Kerajaan yang membiarkan anasir jahat mengacau ketenteraman, adalah kerajaan yang berkelakuan tidak bertanggung jawab. Kunci nya ialah kewajipan kerajaan bertanggung jawab.
Tapi Najib tidak menyebut langsung perakara ini. Ada dia sebut, kita akan arahkan polis menyiasat dan menangkap semua anasir pelampau?. Kita akan tarik lessen mana2 akhbar yang mencetuskan ketakutan dan perbalahan kaum. Kita akan tangkap semua perasuah. Kita akan laksanakan IPCMC walaupun ada pihak polis kata ini akan merendahkan morale pihak polis. Morale dan semangat polis yang menurun ialah mereka yang rasuah dan korap. Ada Najib kata kita akan siaisat rasuah dikalangan kastam dan imgresyen? Ada Najib kata, kita akan belanja mengikut kemampuan kita. Ada Najib kata, projek2 yang tidak mempunyai priority utama akan disimpan dahulu? Ada Najib kita, kerajaan saya akan berjimat cermat. Ada Najib kata, kita akan letakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan rakyat.
Ada Najib kata ini semua? Dan seperti mana2 plan lain, plan Najib tidak lain ialah peluang menyalahkan pembangkang sebagai penyebab masaalah dalam negara kita. Rasuah? Salah pembangkang kerana mendedahkan nya. perbalahan kaum? Salah pembangkang kerana provokasi. Potong kepada lembu? Salah pembangkang kerana membela lembu. Potong kepala ayam? Salah pembangkang sebab menjual ayam. Menari bogel didepan rumah ambiga? Salah pembangkang kerana ambiga sangat sexy.
Janji Najib, kata orang Pekan hanya janji pedaah. Kita tidak akan naik harga petrol kata nya. selepas PRU13, sabsidi keatas petrol dan disel ditarik balik. Akibat nya, harga kedua nya naik.
Kalau nak reconcile, kita redakan kemarahan, bukan melembutkan hati geng sendiri dengan beri projek. Tapi itu cara Najib. Saya beritahu banyak kali sudah. Jalan penyelesaian nya ialah menyogok rakyat. BR1Mkan rakyat. beri wang sana sini. Itu Plan Najib laut biru.
Posted by sakmongkol AK47

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.