`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 22, 2014

KENYATAAN MENTERI JAGA AGAMA YANG MENYAKITKAN HATI PARA MACAI UMNO .... ORANG ISLAM MESTI HORMAT MAYAT BUKAN ISLAM!!!!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan orang Islam mesti menghormati mayat bukan Islam bagi menjaga hubungan sesama manusia.

"Saya tak tengok apa yang dia kata macam mana, tapi sebagai manusia kita mesti menghormati sama ada orang hidup ataupun mati.

"Eloklah hal yang berkaitan kematian, kita hormati sesama manusia apatah lagi menjaga hubungan sesama kita," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi MP Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan bekas naib presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin yang dikatakan menghina mendiang Karpal Singh.

Jamil bagaimanapun enggan mengulas secara spesifik kes itu dengan alasan "tidak tengok apa yang dia kata".

Bagaimanapun Nawawi memohon maaf dan kesal dengan tindakannya, manakala Zulkifli menukar nadanya dengan memuji Karpal.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil memandangkan tulisan mereka sudah merebak luas, Jamil berkata:

"Saya tak tengok macam mana (tulisan itu)... Bukan tanggungjawab saya."

Diasak bahawa tulisan Nawawi itu telah diletakkan dalam laman Facebook-nya, Jamil hanya berkata:

"Oh, begitu...," katanya yang kemudian beliau diam, senyum dan tidak meneruskan ulasan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.