`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 23, 2014

Mengapa Lapangan Terbang Bandaraya Peranginan Miri Tidak Dinaiktaraf?

Naiktaraf Lapangan Terbang Miri Sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa

MIRI – Lapangan Terbang Miri merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Malaysia dari segi pergerakan pesawat, ianya memberi perkhidmatan kepada 2.2 juta penumpang pada tahun 2013. Ia juga salah satu daripada tiga lapangan terbang utama di negara ini dari segi pergerakan pesawat dan kelima paling sibuk dari segi mengendalikan penumpang.

Antara masalah utama yang dihadapi oleh orang ramai di kawasan lapangan terbang Miri adalah tempat parkir yang terhad terutama pada waktu kemuncak.  Ada yang terpaksa meletak kenderaan mereka di tepi jalan disebabkan kawasan letak kenderaan sudah penuh.  
Kebanyakan mereka yang meletak kenderaan mereka dalam jangka waktu lama terutama dikalangan pekerja di lapangan terbang dan disamping itu terdapat juga sebilangan penumpang yang meninggalkan kereta mereka di situ terutama perjalanan sehari dan akan mengambil balik kereta mereka pada hari yang sama atau hari berikutnya. Dengan meninggalkan kenderaan mereka di sini ianya adalah lebih mudah dan selamat dengan hanya sedikit bayaran dikenakan.

Kita harap pihak yang berkenaan dapat menambahkan lagi kawasan letak kereta untuk memudahkan orang ramai meletak kenderaan mereka ditempat yang sewajarnya agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas di dalam kawasan lapangan terbang Miri.

Disamping itu dalam bangunan terminal di bahagian kaunter tiket daftar masuk juga tidak disediakan tempat duduk untuk kemudahan penumpang menunggu giliran mereka untuk mendaftar masuk.  Dulu ada kerusi untuk penumpang duduk di situ sementara menunggu tetapi sekarang ini sudah tiada.  Harap masalah ini dapat diatasi dengan menambahkan lagi tempat duduk agar orang ramai lebih selesa, sementara menunggu dan beratur di kaunter pendaftaran masuk.

Antara isu lain yang pihak berkuasa perlu ambil perhatian ialah berkenaan dengan lapangan terbang bandaraya Miri, ianya sepatutnya dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat di wilayah utara Sarawak. Industri pelancongan di wilayah berkenaan akan memberi manfaat yang besar melalui penerbangan langsung antarabangsa yang lebih menjimatkan masa serta kos di kalangan pelancong asing. Rancangan serta peruntukan tambahan untuk pembesaran bangunan lapangan terbang Miri juga diperlukan untuk menampung pesawat besar dan syarikat penerbangan murah seperti AirAsia dan Malindo Airlines.

Syarikat penerbangan Malindo yang sepatutnya menyambungkan semula perkhidmatan tambang murahnya ke Miri sehingga kini belum nampak ada sebarang kemajuan. Mereka sepatutnya menjadualkan semula waktu perjalanan ke Miri  sebab Miri adalah bandar kedua terbesar di Sarawak.  Miri merupakan tempat industri petroleum Malaysia yang utama dan juga bandar peranginan yang sepatutnya mendapat perhatian dari pihak yang berkuasa.

Miri juga merupakan pintu masuk utama pelancong untuk ke Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Lambir, Gua Niah dan Gunung Mulu. Miri juga dikenali kerana terumbu karang eksotik. Oleh kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan Brunei Darussalam, Miri adalah tempat yang tepat untuk memulakan perjalanan mereka yang ingin ke negara minyak terkaya di Asian Tenggara.

Disamping itu, ramai expatriat, pekerja asing dan mereka yang datang dari luar negara bekerja dan datang ke bandaraya Miri. Inilah masa terbaik untuk syarikat penerbangan tambang murah dan syarikat penerbangan MAS mengambil peluang menarik pelancong dari luar negara dan dalam negeri datang ke bandaraya Miri secara langsung. Ini secara tidak langsung, menjimatkan kos pembelanjaan penumpang tanpa perlu transit di lapangan terbang antarabangsa lain untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan murah.

Kita harap pihak pengurusan Malaysian Airlines Sistem Berhad dan juga syarikat penerbangan tambang murah dapat mengkaji semula jadual waktu yang terbaik untuk penumpang dari Miri terus berlepas ke destinasi masing-masing tanpa perlu banyak transit yang mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke tempat tujuan.
                                                    
Contoh ialah penerbangan AirAsia sudah memulakan penerbangan terus dari Miri ke Manila, Filipina, ini sudah tentu satu perkembangan yang baik untuk mengurangkan masa dan kos perjalanan penumpang yang hendak melawat negara luar. Syarikat penerbangan sepatutnya mengembangkan lagi destinasi ke negara Asian yang lain seperti Indonesia, China dan juga ke Australia dan lain-lain destinasi yang dirasakan perlu.

Kalau dibandingkan dengan sekarang, penumpang dari Miri terpaksa terbang melalui lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur atau negara jiran untuk keluar negara dan ini sudah tentu melibatkan kos yang tinggi serta belanja yang besar untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Kos untuk tambang penerbangan ke Kuala Lumpur boleh dijimatkan dengan penerbangan terus dari Miri tanpa perlu transit ke Kuala Lumpur atau negara jiran, dan ianya mengambil masa yang lebih singkat dan kos penerbangan boleh dikurangkan. Masalah ini boleh diatasi sekiranya pihak berkenaan mengambil serius permintaan orang ramai yang ingin melawat ke luar negara disamping pelancong ke luar negara datang terus ke Miri sebagai salah sebuah destinasi pelancongan di Sarawak.

Sudah banyak kali perkara ini dibangkitkan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan penerbangan terus dari lapangan terbang Miri ke luar negara serta pihak kementerian pelancongan juga tidak mengambil sebarang insiatif untuk menarik pelancong luar negara ke bandaraya peranginan Miri. Penduduk Miri harap lapangan terbang Miri akan dinaiktaraf sebagai destinasi  pelancongan bertaraf antarabangsa.

Kita mengesa pihak berkenaan dapat mengkaji semula jadual penerbangan serta boleh menambah baik perkhidmatan penerbangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak melalui Miri. Ini secara tidak langsung akan dapat menambahkan hasil pendapatan negara disamping memperkenalkan Sarawak sebagai salah sebuah destinasi pelancongan di Asia Tenggara.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak


English version

Upgrade Miri Airport as International Tourism Destination

MIRI - Miri Airport is the third busiest airport in Malaysia in terms of aircraft movements, it provides services to 2.2 million passengers in 2013. It is also one of the three major airports in the country in terms of aircraft movements and the fifth busiest in terms of handling passengers.

Among the main problems faced by the public in Miri airport is limited parking lot, particularly at peak hours. Some are forced to park their cars on the roadside due to the car park is full. Most of those who park their cars in a long period of time, especially among workers at the airport and besides that there are also a number of passengers who leave their cars in the area, particularly day trips and will take their car back on the same day or the next day. By leave their vehicles here it is easier and safer with just a little bit of charge.

We hope that the relevant authorities can add more parking lots for the public to park their vehicles at the place accordingly, so as to avoid traffic congestion within the area of Miri airport.

Besides that the terminal building at the ticket counter check-in is also no seats available for the convenience of passengers waiting their turn to check-in. There used to be a seat for a passenger to sit there while waiting but now it was gone. Hope this problem can be overcome by adding more seating so that the public are more comfortable, while waiting and queue at the check-in counters.

Among other issues the authorities need to take note of is Miri city airport, it should be upgraded to international airport to cater for the increasing number of passengers in the northern region of Sarawak. The tourism industry in the region will significantly benefit through the International direct flights that is more time saving and costs among foreign tourists. Plans and an additional allocation for building expansion of Miri airport also needed to accommodate large aircraft and budget airline such as AirAsia and Malindo Airlines.

The Malindo Airlines that should resume its low-cost services to Miri until now have yet to see any progress. They should reschedule travel time to Miri because Miri is the second largest city in Sarawak. Miri serves as a main Malaysia's petroleum industry and the resort city that should get the attention of the authorities. Miri is also the main tourist gateway to Loagan Bunut National Park, Lambir National Park, Niah Caves and Mount Mulu. Miri is also known for its exotic coral reef. Due to its strategic location close to Brunei Darussalam, Miri is the perfect place for those who wish to embark on a journey into the richest oil country in Southeast Asian.

In addition, many Expatriate, foreign workers and those who come from abroad working and came to Miri city. This is the best time for low-cost airlines and MAS airlines take the opportunity to attract tourists from abroad and domestic come to Miri city directly. This indirectly, saves the cost of passenger spending without having to transit in other international airports to get to their destinations more quickly and economically.

We hope that the management of Malaysian Airlines System Berhad and also low-cost airlines will review the timetable for passengers departing from Miri continue their destinations without having much transit that takes too long to get to the destination.

An example of AirAsia has started direct flights from Miri to Manila, Philippines, this is certainly a good development to reduce time and passenger travel costs to visit foreign countries. The airline should expand its destinations to other Asian countries such as Indonesia, China and Australia and other destinations that are deemed necessary.

Compared with the present, passengers from Miri had to fly via Kuala Lumpur International Airport or neighboring countries to leave the country and will certainly involve higher cost and large capital outlays to reach their destinations.  

The cost of air travel to Kuala Lumpur can be saved by direct flights from Miri without having to transit to Kuala Lumpur or neighboring countries, and it takes a shorter time and flight costs can be reduced. This problem can be overcome if the authorities take seriously the demands of the public who wish to visit abroad as well as foreign tourists to come directly to Miri as one of the tourist destinations in the state.

It's been raised many times but so far no action has been taken from the parties concerned to improve the quality of direct flights from Miri airport go abroad and the ministry of tourism also did not take any initiative to attract foreign tourists to the resort city of Miri. Residents of Miri hope Miri airport would be upgraded as an international tourist destination.

We urge the authorities to review the flight schedule and can improve the flight services to attract more tourists to the state through Miri. This in turn could increase the country's income besides introducing Sarawak as one of the tourist destinations in Southeast Asia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.