`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 4, 2014

21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Punca Sebenar Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik!



21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik! : Sebelum ini Berita Semasa pernah laporkan secara terperinci (DI SINI) mengenai kemungkinan kadar tarif elektrik naik tidak lama lagi. Terbaru….

Bila-bila masa daripada sekarang, Kerajaan Malaysia bakal mengumumkan “sesuatu” untuk anda rakyat Malaysia pada bulan ini bagi penyusunan semula tarif elektrik di Malaysia seiring dengan mekanisme fuel cost pass-through (FCPT) yang ditetapkan setiap 6 bulan sekali. Samada :

Naik tarif elektrik (hampir pasti berlaku, disahkan Suruhanjaya Tenaga & Mypower Corp Bhd) @
Tarif elektrik kekal

Rakyat Malaysia sepatutnya menolak IPP Malaysia dan gunakan duit rakyat untuk bantu TNB tambah janakuasa, sedangkan IPP Malaysia bersenang-lenang di mana hanya kerja buat untung atas angin atas kesusahan yang dihadapi TNB, Petronas, dan keperitan rakyat Malaysia.

Terbaru kerajaan Malaysia dilihat terus membela nasib dan untung poket kapitalis IPP iaitu disebabkan kontrak lama bakal tamat tempoh tidak lama lagi.

Apabila ditanya kepada pihak pengurusan TNB. Jawapannya : “Kita masih mengkaji peranan kita..”

Apabila ditanya kepada YTL. Jawapannya : “Tiada komen..belum bincang lagi..baru nak buat board meeting..”

Tanya kepada Razak Majid, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga. Jawapannya : “Kami terima arahan untuk award tender ini kepada YTL..’

Tanya kepada menteri. Jawapannya : “Mahu berikan projek ini siap cepat, reserve margin 40% yang sedia ada tidak cukup dan mahu naikkan margin secepat mungkin..”

Dan akhirnya apabila pemberita tanya lagi. Soalannya : “Kenapa mesti bagi terus kepada YTL? Tiada open tender seperti kebiasaan?

Semua diam seribu bahasa….

Apabila YTL dapat kontrak IPP contohnya, TNB juga terpaksa beli sumber tenaga daripada YTL. Jikalau YTL jual mahal, akhirnya kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan yang mana pastinya rakyat marhaen yang bakal menanggung bebannya.

Sejarah Punca Sebenar Kenaikan Tarif Elektrik di Malaysia Tidak Munasabah?

Bekas Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Eksekutif Tan Sri Ani Arope telah mengeluarkan buku 143 muka surat “Memoir Tan Sri Ani Arope” mendedahkan bagaimana TNB terpaksa menandatangani pperjanjian belian bekalan elektrik (PPA) yang “terlalu murah & berat sebelah” dengan YTL selama 21 tahun – 1994-2015

Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan pada mulanya apa yang berlaku 21 tahun lalu, pada tahun 2011 ( DI SINI)

Selepas kejadian blackout pada tahun 1992, bermula era perniagaan skim cepat kaya taikun IPP di Malaysia yang mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) dibawah kuasa Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohammad), telah memaksa TNB menyerahkan tanah mereka di Paka (Terengganu) dan Pasir Gudang (Johor) kepada pihak ketiga bagi pembinaan janakuasa 

Sedangkan TNB mempunyai pelan sendiri untuk membina lebih banyak janakuasa di atas tanah sendiri ditambah dengan kemampuan kewangan yang kukuh pada ketika itu

Tetapi EPU mempunyai rancangan tersendiri dek kerana sudah kurang percayadengan kemampuan TNB pada masa itu dan EPU dilihat lebih gemar bekerjasama dengan YTL

TNB telah menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan dijual pada harga 17 sen seunit

Malangnya IPP hanya mampu menghasilkan elektrik pada kadar harga 23 sen seunit sehingga menyebabkan TNB tiada pilihan lain lagi dengan mengenakan kadar tarif elektrik sekitar 30 sen seunit

Tiada rundingan, EPU mendesak TNB untuk bersetuju dengan perjanjian yang cukup berat sebelah tersebut

Berdasarkan rekod laporan tahunan Petronas :

IPP telah menerima subsidi sejumlah 8.1 bilion

TNB telah menerima subsidi RM5.7 bilion

Sedangkan 40% “reserve margin” membazir bergitu sahaja dek kerana Malaysia masih tiada teknologi untuk menyimpan bekalan yang telah dijanakan

Melalui perjanjian belian bekalan elektrik (PPA), IPP dibela EPU dimana keuntungan adalah terjamin dan akan selama-lamanya meningkat yang mana akhirnya rakyat Malaysia, anda, anda semua terus dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik

Keuntungan Skim Cepat Kaya Taikun IPP Malaysia?

YTL Power (Francis Yeoh) telah berjaya menjana keuntungan bersih lebih RM1.6 bilion dengan pendapatan sejumlah RM13 bilion.

Powertek Ananda Krishnan berjaya memperolehi pendapat sebanyak RM1.34 bilion dengan keuntungan bersih yang dicatatkan adalah sebanyak RM450 juta

TNB? Kos operasi tenaga Tenaga Nasional meningkat sebanyak 2.4% kepada RM17.379 juta (tahun 2010) juta berbanding RM16.974 juta pada tahun kewangan 2009

Semuanya kerana pembayaran yang tinggi terpaksa ditanggung TNB berjumlah RM12.528 juta pada tahun 2010, peningkatan sebanyak 5.9% berbanding tahun kewangan sebelumnya berjumlah RM11.827 juta).

Berdasarkan rekod, untuk YTL sahaja sudah RM20 bilion telah diserahkan TNB kepada YTL. Kenyang mereka…

Rakyat Malaysia dapat apa?

Cukuplah membela pengeluar tenaga bebas (IPP). Berita Semasa sangat berharap agar kerajaan berbuat keputusan yang lebih baik selepas ini dengan mengembalikan semula amanah dan bertanggungjawab terhadap penjanaan kuasa kepada TNB sepenuhnya. Biarkan TNB sahaja mengendalikan seluruh projek penjanaan tenaga elektrik.

Ini bukan bermakna, TNB akan memonopoli industri bekalan tenaga tetapi, tetapi…..sejarah telah membuktikan disebalik dasar penswastaan yang dilancarkan sejak tahun 1980 yang melibatkan utiliti terutamnya sumber tenaga dan air sebenarnya lebih banyak membawa kesan negatif berbanding kebaikannya kepada rakyat Malaysia.

P/S : Indahnya menjadi taikun IPP Malaysia, perniagaan yang dijamin keuntungan dengan risiko yang cukup rendah

beritasemasa.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.