`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 4, 2014

4 FOTO .. AKTIVIS SISWA DAN PELAJAR BERHIMPUN AMAN DEPAN BANGUNAN CANSELERI UM TUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK.



Kerana kuatnya dakwaan terdapat campur tangan politik berhubung penyingkiran Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel) dan juga Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), selepas solat Jumaat hari ini, kira-kira 50 pelajar dan aktivis siswa  berhimpun depan bangunan Canseleri bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa telah hilang di kampus perdana itu.

Mereka berjalan hampir satu kilometer dari pintu masuk UM Kuala Lumpur ke bangunan itu, menuntut untuk bertemu Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin.

Kedengaran ada ahli kumpulan turut melaungkan 'Turun Prof Amin' dan mereka bertegas tidak akan bergerak dari tangga bangunan tersebut sehingga Mohd Amin turun menemui mereka.

1 comment:

  1. Bukan kuat campur tangan politik..kuat nya orang politik dalam UMalaya. Redzuan tu Profesor Sejarah dah nak masuk 60 tahun, nak pencen dah. Profesor Sejarah yang gatal nak sibuk dalam politik kelas rendah. Pusat di UM Pusat Kajian Politik dan Pilihanraya? Apa objektif Pusat ini? Kajian ilmiah politik? Nampak macam profesor di UM sibuk dengan politik jalanan. Profesor UM buat kajian soal-selidik saja ke? Senang lah. Lagi satu ahli politik liberal di UM, Saifuddin, Fellow Penyelidik ni...apa kelayakan Saifuddin ni? Apa bidang kajian nya? Berapa article telah diterbitkan di jurnal antarabangsa? Kalau setakat buat kajian politik jalanan mudah saja, tak payah buat Pusat di UM. Memalukan. Kalau nak bawak politik masuk ke UM, ini pun sangat memalukan. Buat kajian ilmiah, terbitkan di jurnal antarabangsa. Kajian Politik, Pilihanraya apa saja, kajian ilmiah yang dapat diterbitkan dalam journal. Baru la berbaloi bayar gaji Profesor. Org politik menjatuhkan martabat UM dengan kajian politik jalanan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.