`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 13, 2014

BUDAK NYARIS DI CULIK DI BAZAR RAMADAN DI PEKAN MERU

Kapar: Seorang budak lelaki berusia lima tahun nyaris ‘diculik’ seorang lelaki ketika datang ke sebuah bazar Ramadan di Pekan Meru, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak terbabit berjalan bersama bapanya untuk membeli juadah berbuka bersama seorang lagi anaknya berusia 10 tahun.

Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.
 
 Menurutnya, sebaik menoleh, beliau melihat seorang lelaki berusia 30-an dan berkulit gelap memegang anaknya dan tindakannya memaling muka ke arah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki itu terkejut.

“Sebaik melihat saya memandangnya, lelaki terbabit kelihatan tergamam dan melarikan diri. di celahan orang ramai yang berada di bazar berkenaan.

“Saya tidak dapat mengejar lelaki terbabit kerana masih memegang dua anak, namun saya memerhatikan gerak-gerinya dari jauh dan melihat dia sekali lagi cuba menarik seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat saya berdiri,” katanya.

“Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bapanya menyedari tindakan lelaki terbabit menyebabkan lelaki itu terus berlalu dicelahan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro, semalam.- Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.