Bukannya nak memberi gambaran yang Islam itu indah. Depa buat macam bazar Ramadhan nih depa yang punya, entah apa kesalahan yang dilakukan oleh Adun DAP sehingga langsung tidak dibenarkan untuk mangadakan aktiviti ziarah dan mengedarkan sumbangan kurma kepada rakyat Kluang.
Mental macam nih cukup memalukan kita masyarakat Islam, mental orang zaman batu. Nak-nak pula sempena bulan yang mulia macam nih, entah niat Adun DAP nih baik nak ziarah dan beri kurma kepada para pengunjung kita pula nak halang. Betul-betul bangang.
WAKIL RAKYAT DIHALAU SEMASA MENZIARAHI BAZAAR RAMADHAN KLUANG
Pada 30 Jun 2014, Pusat Komuniti Kluang / Kluang Community Centre (KCC) telah mengadakan aktiviti menziarahi dan mengedarkan sumbangan kurma kepada rakyat Kluang di Bazar Ramadhan bandar (berhampiran terminal bas) bermula pada jam 6.00 petang.
Aktiviti ini turut disertai Ahli Parlimen Kluang - Sdr Liew Chin Tong, ADUN Mengkibol – Sdr Tan Hong Pin serta para petugas sukarelawan KCC.
Pada jam 6.30 petang, rombongan kami telah ditahan oleh sekelompok pemuda yang mendakwa sebagai petugas keselamatan bazar ramadhan. Sebahagian dari mereka memakai vest berlogo UMNO.
Mereka telah mendakwa rombongan kami sebagai menceroboh masuk ke kawasan bazar dan menghalau kami keluar dari situ kerana tidak memiliki surat kebenaran dari pihak penganjur. Menurut salah seorang dari mereka, penganjur bazar ialah Yayasan Majlis Perbandaran Kluang.
Rombongan kami telah ditengking apabila kami meminta mereka mengemukakan surat arahan dari yayasan tersebut yang menyatakan bahawa surat permohonan perlu dikemukakan terlebih dahulu untuk membolehkan kami turut serta dalam aktiviti di bazar tersebut.
Akhirnya kami dimarahi dan diminta beredar dari situ bagi mengelakkan ketegangan berlaku.
Dengan ini, kami menuntut agar:
1- Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memberikan penjelasan adakah MPK sebagai sebuah badan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada bertindak menyerahkan mandat untuk mengendalikan bazar ramadhan Kluang kepada UMNO seperti rungutan sesetengah peniaga bazar?
Jika benar, ini telah mencerminkan tindakan tidak demokratik MPK kerana menyerahkan urusan pentadbiran tempatan secara langsung kepada parti politik dan sudah pasti akan memberi kesan tidak sihat terhadap hak rakyat samada melibatkan peniaga bazar mahupun pengunjungnya.
2- UMNO memberikan penjelasan, jika MPK memberikan mereka mandat dalam pengurusan bazar, undang-undang bertulis manakah yang memberikan mereka kuasa untuk menyekat hak rakyat (termasuk Ahli parlimen Kluang dan ADUN Mengkibol sendiri) untuk bertemu rakyat yang terdiri dari para peniaga dan pengunjung bazar?
3- Pihak MPK memberikan penjelasan berhubung kenyataan salah seorang dari ahli kumpulan yang mendakwa sebagai petugas keselamatan bazar bahawa Yayasan Majlis Perbandaran Kluang merupakan badan yang diamanahkan untuk mengendalikan bazar ramadhan tersebut.
UMNO atau Yayasan Majlis Perbandaran Kluang atau MPK yang bertanggungjawagb terhadap bazar ramadhan ini?
Kami menuntut penjelasan tuntas dari pihak berkaitan kerana ia akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan permasalahan pada masa akan datang.
4- Pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan tugas kepada kumpulan yang mendakwa diri sebagai petugas keselamatan bazar tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf atas tindakan kasar serta menengking semasa aktiviti ziarah dan pemberian sumbangan secara aman dan penuh rukun dijalankan.
Ia tidak ubah seperti tindakan samseng yang amat bercanggah dengan prinsip kerukunan dalam masyarakat Malaysia apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.
Sekian terima kasih dan selamat meneruskan ibadah puasa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.