`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 3, 2014

Ku Nan harus letak jawatan – Azmir Mustafa



Bersedekah adalah amalan dan sunnah Rasulullah terutamanya di bulan Ramadan. Namun, kehadiran Ramadan pada kali ini disentak dengan kenyataan rambang seperti tidak beriman dan seolah-olah anti-hadis yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang ingin mengambil tindakan terhadap pemberi dan penerima sedekah.
Walaupun ada rasionalnya untuk mengekang sindiket yang memperguna kanak-kanak untuk meraih kekayaan oleh sesetengah pihak tapi langkah mengharamkan terus pemberian dan penerimaan sedekah tidak masuk akal. PDRM dan DBKL adalah antara agensi kerajaan yang perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kegiatan sindiket dan bukannya mengambil jalan mudah mengharamkan sedekah dengan mengenakan peruntukan undang-undang.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah sudah 5 tahun berturut-turut menganjurkan program bersama gelandangan dan miskin kota, dan mereka adalah warganegara tempatan dan memang miskin. Di mana dan apakah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam hal ini? JKM terperangkap dengan birokrasi ciptaan sendiri yang akhirnya memangsakan golongan miskin.
Saya menyarankan kerajaan tidak mengambil jalan mudah dan lepas tangan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat di Lembah Kelang dengan memperkenalkan undang-undang yang menghina pemikiran rakyat.
Menteri sepatutnya “buka mata” dan mengarahkan semua agensi kerajaan terlibat turun padang dan membuat penilaian sendiri serta mencari jalan penyelasaian lain terlebih dulu sebelum menguatkuasakan undang-undang golongan miskin kota. Adakah itu cara sebagai seorang bergelar menteri menyelesaikan masalah?
Saya dengan ini mendesak Tengku Adnan meletak jawatan selaku menteri di Wilayah Persekutuan kerana gagal mengatasi masalah kemiskinan kota dan tidak mampu untuk mempertahankan kepentingan rakyat. – 3 Julai, 2014.
* Penulis ialah Penyelaras Negeri Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan. TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.