Rakyat yang miskin di negara ini tidak meminta diri mereka untuk menjadi miskin
“Tengku Adnan sudah terlalu kaya sehingga tidak boleh lagi melihat masalah kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya sewaktu dihubungi oleh FMT.
Jelasnya lagi, rakyat yang miskin di negara ini tidak meminta diri mereka untuk menjadi miskin. Malah kadang kala situasi yang memaksa mereka meminta sedekah dan menjadi miskin.
“Pelbagai situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi miskin seperti muflis, rumah terbakar, dan yang terjadi kepada penduduk di Kampung Chubadak juga boleh dilihat sebagai satu kemiskinan.
Kenyataan Tengku Adnan tentang kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan akan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan juga disangkal oleh Latheefa.
“Imej Kuala Lumpur kotor bukan disebabkan oleh pengemis, tetapi disebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak buat kerja
“Malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak melaksanakan tugas mereka sewajarnya,” katanya.
Kata Latheefa lagi, bagaimana dengan slogan yang sering dicanangkan seperti ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan?’.
“Adakah kini sudah bertukar kepada ‘ada aku kisah’?” soalnya.
Dalam masa yang sama, Latheefa turut menyifatkan kenyataan Tengku Adnan itu sebagai satu kenyataan yang tidak bijak.
“Beliau buat kenyataan yang bodoh sewaktu di bulan Ramadan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.