`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 9, 2014

PEROKOK TEGAR KANTOI MEROKOK DI BULAN PUASA.

ROMPIN – Seorang pekerja sebuah bengkel kenderaan di Tanjung Gemok, dekat sini, bertindak melarikan diri ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin selepas perbuatan menghisap rokok sambil bekerja berjaya dikesan.

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri ketika dikejar penguat kuasa dari Paid Muadzam Shah dan Pekan dalam Ops Ramadan itu.

Kadi daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, seorang penguat kuasa yang cuba menghalang suspek melarikan diri turut dikasari.

“Beberapa penguat kuasa yang membuat intipan awal mengesan suspek yang tidak berpuasa menghisap rokok ketika sedang membaiki kenderaan dan seterusnya serbuan dibuat.


“Suspek melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa dan lebih mengejutkan apabila suspek bertindak mengasari seorang penguatkuasa yang cuba menghalangnya serta berjaya meloloskan diri,” katanya.

Dalam situasi berasingan di Bandar Kuala Rompin, sebuah kereta jenis Perodua jenis Myvi berwarna Ungu dikesan berada di belakang sebuah restoran dipercayai sedang membeli makanan namun bertindak memecut laju kenderaan selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.
 

Menurut Adnan, jika suspek berjaya ditangkap dan disabitkan kesalahan boleh didakwa mengikut Undang-undang Negeri Pahang Enakmen Jenayah Syariah 2013 atas kesalahan tidak menghormati Ramadan yang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya.
Dalam pada itu, beberapa restoran turut diberi amaran keras kerana dikesan mempamerkan makanan seawal jam 11 pagi.

“Ini secara tidak langsung mendatangkan keraguan kerana beroperasi terlalu awal namun ketika serbuan dibuat tiada kelibat pembeli di restoran berkenaan.

“Bagaimanapun, penguat kuasa bertindak mengarahkan peniaga menyimpan semula makanan dan menutup kedai selain memberi amaran keras,” katanya.


SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.