`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 9, 2014

KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI KERANA KECUAIAN

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi Selasa selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata mangsa meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi Selasa selepas hampir lapan hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, wad Pediatrik HRPB.

"Kanak-kanak tersebut dirujuk ke HRPB pada pukul 5.30 petang 1 Julai lepas apabila pengasuhnya membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran setelah kanak-kanak itu didapati tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas," katanya.

Beliau berkata apabila ditahan di wad Pediatrik, seorang pegawai perubatan yang bertugas membuat laporan kepada polis selepas mengesan berlaku pendarahan di bahagian kepala mangsa.

Polis kemudian menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.

"Sebelum kejadian, anak itu telah dihantar ibunya ke rumah pengasuh yang terletak berhampiran rumah mereka di Taman Lapangan Melodi. Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami seksa nafas," katanya.

Ahmad Termizi berkata mengikut maklumat awal pendarahan di bahagian kepala mangsa adalah disebabkan terkena meja.

"Bagaimanapun kita turut menyiasat unsur kecuaian jika berlaku dalam kejadian ini selain tidak menolak unsur penderaan," katanya.

Beliau berkata ibu dan bapa mangsa telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan manakala keterangan pengasuh juga akan diambil.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.