Pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata.
PETALING JAYA: Kerajaan negeri mengecam percubaan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan bagi memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata.
“Atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.
“Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama 5 jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Jelasnya lagi, ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.
Dalam masa yang sama Ahmad Yunus menjelaskan bahawa satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bestari Jaya.
“Kerajaan negeri berharap pihak polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang,” katanya.
Ahmad Yunus turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan petugas yang terlibat dalam mengendali pam di HORAS Bestari Jaya dan menghargai pengorbanan mereka meninggalkan keluarga demi tugas semasa musim perayaan.
“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.