Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Nor Aziah Mohd Awal berkata, individu yang didapati bertanggungjawab menyiarkan gambar tersebut sebenarnya boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak (Seksyen 15).
"Gambar adik Firdaus memang tidak boleh disiarkan.
"Yang dibolehkan hanyalah mengambil belakang gambarnya, dan kalau diambil sekalipun mukanya perlu disamarkan," katanya.
Mengulas lanjut, Nor Aziah berkata, laporan tersebut boleh dibuat oleh sesiapa sahaja sekiranya dia mempunyai bukti tersebut.
"Sebenarnya kita boleh ambil tindakan contohnya, pada 1 Julai lalu, pihak 'itu' telah menyiarkan gambar tersebut di akhbarnya, sebagainya contoh," jelasnya.
Jelas Noraziah lagi, alasan utama menyiarkan gambar adik Firdaus menjadi kesalahan adalah demi menjaga maruah beliau.
"Bayangkan kalau adik Firdaus sudah sihat nanti, sudah tentu dia terkesan dengan semua ini," katanya.
Muhammad Firdaus adalah seorang remaja OKU yang dijumpai oleh pihak Imigresen di Taman Semarak Negeri Sembilan dalam keadaan kurus kering dan terbiar semasa menjalankan operasi membanteras pendatang tanpa izin.--sinar harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.