Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim di jangka akan terus menerajui pentadbiran negeri walaupun sebelum ini beliau telah dipecat dari PKR.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Sabtu lalu memaklumkan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu yang berkuatkuasa serta merta.
Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong itu, setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Namun menurut sumber terdekat parti itu, seramai 3 orang ADUN dijangka akan mengumumkan untuk keluar parti sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid. PAS Selangor sebelum ini mengambil ketetapan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar, selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat baru-baru ini.
Kenyataan dan pendirian PAS Selangor itu turut disokong oleh Presiden PAS, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. “Saya menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor” katanya. Sekiranya semua ADUN Barisan Nasional turut menyokong Khalid sebagai menteri besar, beliau dijangka akan akan dapat meneruskan pentadbiran negeri Selangor sekaligus menjadi Menjadi Besar yang pertama dari Bebas.
-------------------
Dah baca?
Nak tahu sapa punya kerja?
Korang nak percaya?
Kalau nak jadi bodoh, boleh la percaya kat UMNO.
HA HA HA
Takde logiknya aih dorang nak berhenti keluar dari parti dan jadi ahli bebas. PKR dan DAP solid sokong Anwar. Yang argue sikit2 pun takan keluar parti.
PAS pun apa je depa nak keluar parti? Bukan depa ada masalah dengan PAS.
NAMPAK SANGAT PUAK2 NEH SUKA MEMBOHONG. TAKDE KERJA BETUL.
BANGANG!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.