`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 30, 2014

" Video Dan 5 Gambar Pesawat Singapore Airlines Selepas Hilang Kawalan. Keadaan Dalam Pesawat Seperti Tongkang Pecah "








Penumpang dan seorang anak kapal Singapore Airlines cedera apabila pesawat yang dinaiki mereka hilang kawalan seketika akibat cuaca buruk dalam penerbangan SQ308 dari Singapura ke London pada Ahad lalu.

Sebelum kejadian berlaku, pramugari sedang menghidangkan makanan kepada penumpang. Namun pesawat tersebut hilang kawalan dan jatuh 20 meter dari ketinggian asal.

Insiden itu menyebabkan makanan yang dihidangkan tertumpah dan mengotorkan pesawat.

Bagaimanapun, anak-anak kapal dan penumpang terdahulu telah dimaklumkan dan diarahkan untuk berada ditempat duduk sebelum insiden itu berlaku.

Seorang penumpang sempat mengambil gambar kesan air kopi tertumpah ke siling pesawat dan memuat naik gambar tersebut di laman Instagram.

Menurut salah seorang penumpang berkata, ketika kejadian itu suasana dalam pesawat amat mengerikan seperti di dalam lift yang menjunam jatuh ke bawah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.