Friday, August 29, 2014
Guru Nekad Saman Waris Fitnah Tampar Anak
Semalam Harian Metro melaporkan bapa kepada seorang pelajar mendakwa anaknya ditampar oleh guru bahasa inggeris sehingga meninggalkan kesan di pipi kanan anaknya hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Bagaimanapun, guru terbabit menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan punca sebenar yang berlaku pada pelajar tersebut.
Hasil siasatan mendapat, pelajar berkenaan mengalami alergik setelah dibawa berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.
Menurut sumber, guru terbabit telah memfailkan saman malu terhadap ibu bapa pelajar berkenaan kerana memfitnahnya tanpa sebarang bukti kukuh.
Sumber turut mendedahkan pelajar tersebut sememangnya terkenal dengan sikapnya yang nakal. Pada hari kejadian, pelajar berkenaan menumbuk papan putih serta berlari dalam kelas. Gurunya marah kerana dia berlari tetapi tidak pula menampar pelajar itu seperti yang didakwa.
Menurut seorang ustaz yang bertugas di sekolah itu, kesan lebam di pipi pelajar itu sememangnya telah ada semenjak hari isnin. Namun kesan lebam itu hilang semasa ibu bapanya membuat laporan polis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
...sesekali patut juge si ibu/bapa ni di SAMAN...... Tok pun pernah jadi guru sekolah rendah selame 33 tahun....... pengalaman ni dah Tok tempohi berpuluh kali.
ReplyDelete