`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 11, 2014

Belanjawan 2015: Cadangan penambahan peruntukan keselamatan di Sabah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Belanjawan 2015 di Parlimen pada 10 Oktober
Datuk Faisyal DiegoKOTA KINABALU: Ketua Bahagian Umno Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Diego mencadangkan untuk menambah peruntukan keselamatan negara terutama di Sabah khususnya di pantai timur Sabah pada Belanjawan negara akan datang.
“Tiada guna kita menikmati pembangunan yang pesat kalau negara kita mudah diceroboh oleh anasir luar yang menjejaskan keamanan negara,” katanya.
Faisyal turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan pasukan keselamatan negara yang telah bertarung nyawa menjaga keselamatan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Belanjawan 2015 di Parlimen pada 10 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.