Kembara Malaysia, Sabah
Memang akan menangis kalau makan masakan makanan laut di salah sebuah gerai di Grace Point, Sabah. Tentu agak pelik bila menangis sebaik saja menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut !, kenapa pula nak menangis?
Sebenarnya itu adalah istilah yang biasa saya gunakan setiap kali makan makanan yang sedap dan lazat rasanya. Kelazatan makanan laut yang di masak oleh gerai tersebut membuatkan saya menagis makan di Grace Point. Menangis sebab sedap sangat!.
Rezki Allah beri membolehkan saya banyak kali berulang alik ke Sabah. Banyaklah pengalaman menarik yang saya tempuh sepanjang berkunjung ke Sabah itu. Dan antara pengalaman paling saya suka adalah pengalaman merasai makanan yang disediakan oleh peniaga tempatan.
Biasanya saya hanya makan di gerai-gerai bersebelahan pasar di Kota Kinabalu, bagi saya harganya boleh tahan dan rasanya juga boleh tahan juga. Tapi taklah sampai menangis bila makan kat situ. Ertinya tak sedap sangatlah tu.
Bila dah sering berkunjung ke Sabah, bertambah pula kenalan di Sabah, maka saya mula dikenalkan dengan lokasi-lokasi makanan yang menarik, lazat dan berpatutan harganya. Pada kunjungan yang lalu, ketika bulan ramadan, saya diperkenalkan pada pusat makanan di Grace Point, Sembulan.
Dalam perjalanannya daripada Labuan menuju ke Kota Kinabalu, kapal terbang yang dinaiki telah jatuh dan telah membunuh kesemua orang yang berada di dalamnya. Tun Fuad Stephens bersama dengan beberapa orang menteri kabinetnya telah menjunam ke kawasan di Grace Point tersebut dan terkorban.
Jadi lokasi itu sebenarnya merupakan kawasan taman peringatan yang dibina khas untuk memperingati peristiwa malang tersebut. Ada berbagai teori berkenaan kemalangan itu yang sampai sekarang masih menjadi rahsia. Rahsia itu turut sama terkubur bersama dengan kesemua penumpang kapal terbang.
Dari taman peringatan yang luas itu, dijadikan pusat penjaja bagi menarik orang ramai untuk berkunjung ke sana. Memang sesuatu yang menarik dan idea yang amat baik apabila sebuah tempat peringatan kematian boleh ditukarkan menjadi satu kawasan foodcourt yang hebat dan terkenal.
Keseluruhan gerai yang ada di sana juga amat bersih dan menarik. Kalau orang yang biasa kaitkan status kedai makanan dengan harga tentu akan meneka bahawa makanan di situ adalah tinggi atau mahal harganya. Tapi sebenarnya harga mainuman dan makanan yang dijual di Grace Point amat berpatutan harganya.
Mungkin disebabkan kawasan itu adalah tempat memperingati orang mati kemalangan, maka ia secara langsung menjadi amat bersih dan orang ramai tak buat kekotoran.
Kalau anda makan di sana, anda tak akan dapat lihat ada orang yang merokok sambil makan. Memang kesemua kawan makan itu adalah kawasan larangan merokok. Kalau nak merokok juga kenalah pergi ke satu penjuru yang disediakan khas untuk perokok jauh dan tersorok daripada orang ramai.
....saya nak kena pergi meeting sekarang, ada panjang lagi ceritanya di sini... insyaallah nanti akan saya sambung lagi...
Ha! baru selesai meeting tadi... masih panas lagi perasaan dengan berbagai persoalan yang bermain dalam kepala. Tapi tak apa, elok sambung sikit lagi kisah menangis makan di Grace Point ini untuk tenangkan semula fikiran.
Encik Guna memang kaki makan. Dia suka merasai dan menghargai makanan-makanan yang sedap di Sabah. Sebab itu habis kesemua pusat kedai makan yang hebat-hebat telah dicubanya. Dan salah satu daripada banyak kedai-kedai makan yang sedap dan harga berpatutan adalah di Pusat Penjaja Grace Point ini.
Ada banyak kedai makan di Grace Point itu. Ada western, ada masakan tempatan, ada mamak, ada masakan Cina, Melayu dan berbagai lagi. Kedai makan masakan laut yang sedap yang diperkenalkan oleh En Guna itu namanya Grill Fish Stall.
Menurut En Guna, taukeh kedai itu hanya akan masak ikan dan lain-lain makanan laut yang segar-segar sahaja. Kalau tak segar dia tak akan masak. Bagi taukeh Grill Fish, masakan makanan laut yang dijual di gerai tepi pasar itu semuanya sudah tak segar. Jadi anda boleh bezakan antara makanan di Grace Point itu dengan makanan di tepi Pasar KK.
Ada udang besar dua pinggan, ada sayur yang juga dimasak dengan udang besar. Ada ikan bakar, ada sambal mangga, dan lain-lain lagi yang dihidangkan untuk 6 orang. Semua habis licin disebabkan samada kami lapar ataupun disebabkan memang sedap sangat. Tapi bagi saya, makanan itu membuatkan saya rasa nak menangis sebab sedap sangat... subhanallah!.
Nak tahu berapa harga makanan yang kami makan kat atas tu? kalau kat tepi pasar Kota Kinabalu mahu rasanya lebih daripada RM250. Makanan kat sana tak lah berapa sedap sangat, tapi mereka perah harga tinggi sangat.
Kesemuanya hanya RM116 sahaja. Amat berpatutan dan puas hati. Memang sedap makan di Grace Point, Sembulan, Sabah. Kalau anda nak ke sana, naik saja teksi dan katakan Grace Point Food Court. Dia akan bawa anda ke sana dan boleh makan dengan selesa dan aman.
Sebenarnya itu adalah istilah yang biasa saya gunakan setiap kali makan makanan yang sedap dan lazat rasanya. Kelazatan makanan laut yang di masak oleh gerai tersebut membuatkan saya menagis makan di Grace Point. Menangis sebab sedap sangat!.
Rezki Allah beri membolehkan saya banyak kali berulang alik ke Sabah. Banyaklah pengalaman menarik yang saya tempuh sepanjang berkunjung ke Sabah itu. Dan antara pengalaman paling saya suka adalah pengalaman merasai makanan yang disediakan oleh peniaga tempatan.
Biasanya saya hanya makan di gerai-gerai bersebelahan pasar di Kota Kinabalu, bagi saya harganya boleh tahan dan rasanya juga boleh tahan juga. Tapi taklah sampai menangis bila makan kat situ. Ertinya tak sedap sangatlah tu.
Bila dah sering berkunjung ke Sabah, bertambah pula kenalan di Sabah, maka saya mula dikenalkan dengan lokasi-lokasi makanan yang menarik, lazat dan berpatutan harganya. Pada kunjungan yang lalu, ketika bulan ramadan, saya diperkenalkan pada pusat makanan di Grace Point, Sembulan.
Foodcourt Di Grace Point Sabah
Asal Grace Point ini adalah lokasi di mana berlakunya peristiwa kemalangan Kapal Terbang yang telah membunuh Tun Fuad Stephens. Beliau merupakan Ketua Menteri pertama negeri Sabah ketika itu.Dalam perjalanannya daripada Labuan menuju ke Kota Kinabalu, kapal terbang yang dinaiki telah jatuh dan telah membunuh kesemua orang yang berada di dalamnya. Tun Fuad Stephens bersama dengan beberapa orang menteri kabinetnya telah menjunam ke kawasan di Grace Point tersebut dan terkorban.
Jadi lokasi itu sebenarnya merupakan kawasan taman peringatan yang dibina khas untuk memperingati peristiwa malang tersebut. Ada berbagai teori berkenaan kemalangan itu yang sampai sekarang masih menjadi rahsia. Rahsia itu turut sama terkubur bersama dengan kesemua penumpang kapal terbang.
Dari taman peringatan yang luas itu, dijadikan pusat penjaja bagi menarik orang ramai untuk berkunjung ke sana. Memang sesuatu yang menarik dan idea yang amat baik apabila sebuah tempat peringatan kematian boleh ditukarkan menjadi satu kawasan foodcourt yang hebat dan terkenal.
Persekitaran Grace Point Amat Bersih
Apa yang paling menarik di Grace Point tersebut adalah suasana kawasan yang amat cantik dan amat bersih. Masuk saja ke dalam tandas di grace point, anda tak akan rasa meloya. Tandasnya amat bersih sekali.Keseluruhan gerai yang ada di sana juga amat bersih dan menarik. Kalau orang yang biasa kaitkan status kedai makanan dengan harga tentu akan meneka bahawa makanan di situ adalah tinggi atau mahal harganya. Tapi sebenarnya harga mainuman dan makanan yang dijual di Grace Point amat berpatutan harganya.
Mungkin disebabkan kawasan itu adalah tempat memperingati orang mati kemalangan, maka ia secara langsung menjadi amat bersih dan orang ramai tak buat kekotoran.
Kalau anda makan di sana, anda tak akan dapat lihat ada orang yang merokok sambil makan. Memang kesemua kawan makan itu adalah kawasan larangan merokok. Kalau nak merokok juga kenalah pergi ke satu penjuru yang disediakan khas untuk perokok jauh dan tersorok daripada orang ramai.
....saya nak kena pergi meeting sekarang, ada panjang lagi ceritanya di sini... insyaallah nanti akan saya sambung lagi...
Ha! baru selesai meeting tadi... masih panas lagi perasaan dengan berbagai persoalan yang bermain dalam kepala. Tapi tak apa, elok sambung sikit lagi kisah menangis makan di Grace Point ini untuk tenangkan semula fikiran.
Makan Di Grill Fish Stall Di Grace Point
Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan saya dan kawan-kawan kepada Foodcourt Grace Point ini adalah orang kuat BMW di Sabah. Salah seorang orang penting FM Autohaus yang merupakan satu satunya dealer untuk BMW, Mini Couper dan lain-lain kenderaan. Dia yang membawa kami makan di Grace Point dan turut baik hati belanja kami buka puasa di situ.Encik Guna memang kaki makan. Dia suka merasai dan menghargai makanan-makanan yang sedap di Sabah. Sebab itu habis kesemua pusat kedai makan yang hebat-hebat telah dicubanya. Dan salah satu daripada banyak kedai-kedai makan yang sedap dan harga berpatutan adalah di Pusat Penjaja Grace Point ini.
Ada banyak kedai makan di Grace Point itu. Ada western, ada masakan tempatan, ada mamak, ada masakan Cina, Melayu dan berbagai lagi. Kedai makan masakan laut yang sedap yang diperkenalkan oleh En Guna itu namanya Grill Fish Stall.
Menurut En Guna, taukeh kedai itu hanya akan masak ikan dan lain-lain makanan laut yang segar-segar sahaja. Kalau tak segar dia tak akan masak. Bagi taukeh Grill Fish, masakan makanan laut yang dijual di gerai tepi pasar itu semuanya sudah tak segar. Jadi anda boleh bezakan antara makanan di Grace Point itu dengan makanan di tepi Pasar KK.
Harga Makanan Di Grace Point Berpatutan
Anda boleh lihat gambar makanan yang saya rakamkan di atas. Itu semua kami makan licin satupun tak tinggal. Habis udang besar kami makan, saya sendiri tak sempat merasa ikan pari bakar sebab kawan dua orang yang meletakkan ikan pari berhampiran dengan mereka sapu kesemuanya dengan pantas.Ada udang besar dua pinggan, ada sayur yang juga dimasak dengan udang besar. Ada ikan bakar, ada sambal mangga, dan lain-lain lagi yang dihidangkan untuk 6 orang. Semua habis licin disebabkan samada kami lapar ataupun disebabkan memang sedap sangat. Tapi bagi saya, makanan itu membuatkan saya rasa nak menangis sebab sedap sangat... subhanallah!.
Nak tahu berapa harga makanan yang kami makan kat atas tu? kalau kat tepi pasar Kota Kinabalu mahu rasanya lebih daripada RM250. Makanan kat sana tak lah berapa sedap sangat, tapi mereka perah harga tinggi sangat.
Kesemuanya hanya RM116 sahaja. Amat berpatutan dan puas hati. Memang sedap makan di Grace Point, Sembulan, Sabah. Kalau anda nak ke sana, naik saja teksi dan katakan Grace Point Food Court. Dia akan bawa anda ke sana dan boleh makan dengan selesa dan aman.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.