`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 28, 2015

ADA JUGA RAKYAT MALAYSIA YANG BERFIKIRAN SEKOLOT DAN SEKUNO INI?????



Nanti cakap berfikir guna kepala lutut marah ... label lebih bodoh dari lembu nanti mengamuk naik angin satu badan... Jadi apakah yang patut di gelar manusia yang memiliki daya pemikiran seperti ini di zaman alaf baru ini????? 

Kerana tidak menyokong kerajaan maka bila sakit tidak boleh menggunakan segala fasiliti dan kemudahan Hospital Kerajaan .. bila berlaku kebakaran dilarang memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat .. berlaku kejadian jenayah di haramkan mohon bantuan Polis DiRaja Malaysia... Alasannya tidak tahu bersyukur. 

Kalau begini caranya nak tawan dan pikat hati dan jiwa rakyat Malaysia yang celik IT dan berilmu serta bermaklumat .. maka sah lagi sahih mengapa mereka ini menjauhkan diri dari UMNO/BN. 

Cara kempen begini mungkin laku dan terpakai di kawasan-kawasan kampong, pendalaman dan rancangan Felda .. itu pun hanya segelintir jer yang terpengaruh .... mungkin tidak sampai 10 peratus. 

Dinegara yang paling daif dan mundur dalam dunia pun penyokong kerajaannya tidak berkempen guna cara ini. 

Ubahlah cara berkempen terutamanya berkempen dialam siber dan laman sosial .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.