`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 25, 2015

Banjir: Jumlah mangsa meningkat di Sabah

 
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit tengah hari ini, manakala keadaan di Sarawak semakin pulih apabila dua pusat pemindahan di Kuching yang dibuka semula awal pagi ini kembali ditutup.

Bagaimanapun jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di dua negeri itu menurun kepada 5,319 orang berbanding 5,458 orang pagi tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri-negeri terjejas banjir ialah 5,608 orang berbanding 5,747 pagi tadi.

Sementara jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak masih kekal dengan masing-masing mencatat 255 orang daripada 62 keluarga dan 77 orang daripada 18 keluarga seperti yang direkodkan pagi tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,835 orang daripada 871 keluarga berbanding 2,697 orang daripada 832 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, jumlah mangsa banjir yang berada di empat pusat pemindahan di daerah itu meningkat seramai 872 orang daripada 285 keluarga.
 
 
Katanya, daerah kecil di Membakut turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir iaitu 1,963 daripada 586 keluarga berbanding 1,953 orang daripada 581 keluarga pagi tadi.

Di Sarawak, jumlah mangsa turun kepada 2,484 orang daripada 768 keluarga berbanding 2,761 orang daripada 774 keluarga pada pukul 10 pagi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Sarawak berkata kini 12 pusat pemindahan masih beroperasi berbanding 14 sebelum ini.

Bahagian Limbang masih memiliki jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,021 daripada 329 keluarga, Samarahan (889 orang di empat pusat), Kuching (248 orang di dua pusat), Miri (246 orang di satu pusat) dan Mukah (80 orang di satu pusat).

Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.