`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 27, 2015

SELUAR DALAM BERDARAH SELEPAS PULANG DARI RUMAH JIRAN

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dicabul jirannya di Taman Kurau Jaya di sini, pada 21 Januari yang lalu.

Ibu mangsa, 40-an, berkata, kejadian berlaku apabila anaknya itu dipanggil seorang lelaki yang dikenalinya untuk keluar.



“Ketika itu anak saya sedang bermain di luar rumah, tiba-tiba seorang lelaki yang saya kenali memanggilnya lalu anak saya ikut lelaki terbabit ke rumahnya.

“Selang beberapa minit kemudian anak saya pulang ke rumah dan saya menyuruhnya mandi. Ketika dia menanggalkan pakaian dalamnya, saya dapati terdapat tompokan darah pada seluar dalamnya. Dia beritahu yang lelaki terbabit memasukkan jari ke dalam kemaluannya,” katanya.

Rentetan itu, ibu mangsa bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya pada 23 Januari lalu.

Kini anaknya ditempatkan di Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Turut hadir melawat mangsa ialah Exco Kesihatan, Dr Afif Bahardin bersama Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian ini pada 23 Januari lalu.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.