`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 16, 2015

Cadang Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun - KWSP Kini Diserang KAW2 Di Laman Sosial.

Dipadamkan. Ada satu posting penjelasan dari KWSP tentang cadangan pengeluaran wang simpanan persaraan dilanjutkan kepada usia 60 tahun dari 55 tahun ketika ini namun posting berkenaan dipadamkan terus dari laman rasmi KWSP di Facebook.

Nak diikutkan, ketika aku membaca komen-komen dalam posting penjelasan berkenaan, boleh dikatakan 100% semua maki dan marah KWSP kaw2 disebabkan cadangan tersebut. Takde sorang pun yang bersetuju. Atau aku tak jumpa waima seorang pun yang bersetuju. Dan posting berkenaan kini dah takde. Kalau dibiarkan mao beribu komen kutuk KWSP. Kesian kot baca. JPJ plak mesti gelak hihi haha sebab rakyat kutuk KWSP kaw2. Dia dah biasa kena. Kali neh KWSP plak kena. Lega sekejap. Rakyat tak bashing depa macam selalu.

Kemudian. Tadi. FOBN digunakan untuk memancing simpati rakyat. Page gile tue sebarkan gambar berikut bagi memujuk rakyat supaya tak marah-marah lagi dengan KWSP disebabkan cadangan menaikkan had umur pengeluaran simpanan KWSP.


Dan aku pun intai-intai la kat ruangan komen. Macam biasa. Posting syok sendiri. Layaknya kena maki. Komen semua laukkan admin FOBN. Kesian kot. Isu GST masih berdarah lagi. Kini kena lauk dalam isu KWSP. Satgi update gambar2 kucing untuk pujuk ahti. Hidup2 kena maki je la kau admin. Haram berguna. Elok kau panjat KLCC laju2 dan bunuh diri. 

KAH KAH KAH

Satu perkara menarik yang aku jumpa di ruangan komen ialah berita tentang penjualan aset KWSP.


KWSP beli aset di UK pada tahun 2010. Atas tujuan pelaburan. Dan pada tahun 2015, KWSP memutuskan untuk menjual aset tersebut.

Aku tak faham sangat kenapa KWSP nak jual hartanah tersebut. Hartanah tersebut sudah memiliki penyewa sehingga tahun 2022. Yakni, satu pelaburan yang berbaloi. Kau tak payah susah-susah nak cari penyewa. Tapi kau jual aset kau. Adakah KWSP kekurangan wang? Atau terdesak perlu cairkan aset bagi mendapatkan wang? Bukan kah cagaran lebih tepat merujuk kepada situasi ini berbanding jual aset? Pada tahun sebelumnya, KWSP juga pernah pinjamkan berbillion ringgit untuk FELDA.



Kita tertanya-tanya juga. Dah berbayar ke belum pinjaman tersebut. Jika dah berbayar berapa banyak? Tempoh pinjaman bagaimana? Adakah kadar faedah dikenakan? Itu semua kita tatau kot. Takde penjelasan daripada FELDA mahupun KWSP. Sedangkan pendedahan ANAK itu benar seperti yang diakui oleh Isa Samad.

Oke. Ini apa yang aku dan rakyat Malaysia fikir berkenaan cadangan KWSP menaikkan had umur pengeluaran simpanan KWSP.

- Kami fikir KWSP sengaja nak tahan duit pencarum lama-lama

- Bukan sebab KWSP peduli tentang cara kami menguruskan wang kami

- Tetapi besar kemungkinan KWSP mengalami masalah aliran wang tunai

- Duit yang kau pegang duit rakyat. Sampai satu masa, rakyat boleh keluarkan wang berkenaan atas sesuatu tujuan. Dan bayangkan andai KWSP dijadikan SPAN untuk bail out sana bail out sini sehingga menghadapi masalah aliran tunai bagi memproses permintaan rakyat yang mahu keluarkan wang mereka sendiri apabila mencapai had usia pengeluaran simpanan? Tidak kah itu membebankan KWSP untuk memproses permohonan? Itu baru cerita bab had usia pengeluaran. Belum cerita bab yang orang keluar dari akaun 2 dan 3 lagi.

Pendapat aku. Point KWSP tentang simpanan habis selepas beberapa tahun dikeluarkan ada benarnya.

Tapi pada aku bukan dengan cara tahan orang keluar duit pada usia 55 tahun.

Sebaliknya sediakan satu panel penasihat.

Contoh. Kau boleh bagi cadangan berikut ;

A ialah berusia 55 tahun. A mahu keluarkan wang caruman. A diberikan pilihan untuk ;

- Melabur di beberapa unit amanah under kerajaan seperti ASNB. A dibantu untuk membuat pelaburan

- Diajar untuk menguruskan wang simpanan. Bantu dia dengan kemukakan beberapa pelan pengurusan wang. Bukan sekat duit pencarum dari dikeluarkan.

- Terus menyimpan dan melabur di KWSP dan buat pengeluaran bulanan sampai wang habis. Macam pencen. Keluar sikit-sikit.

Macam neh lebih sesuai.

Ajar, bantu dan didik pencarum untuk berbelanja dengan cermat dan bijak. Jangan biar mereka ditipu oleh MLM dan skim cepat kaya. Bagi guideline. Ini baru konsep yang betul jika benar-benar nak membantu pencarum agar wang mereka tidak dihabiskan dengan cepat dalam tempoh yang singkat akibat salah urus perbelanjaan.

Satu lagi yang KWSP perlu faham. Kena kaji juga kenapa sesetengah pencarum habis wang dalam tempoh sekejap. Betul ka mereka boros atau mereka guna untuk buat rumah atau beli rumah cash ke atau bayar hutang sendiri dan anak-anak ke?

Kena juga kaji faktor perubahan iklim ekonomi Malaysia.

15 tahun yang lepas, jika ada 50,000 dalam tangan, mungkin boleh digunakan untuk beli rumah lelong siap renovate dan ada simpanan untuk meniaga lagi. 

Tapi zaman sekarang, ada 50,000 nak beli rumah lelong ceruk-ceruk bandar dapatla. Belum renovate lagi. Apatah lagi bermodal nak meniaga atau buka kedai sendiri untuk cari rezeki selepas bersara.

Macam mana duit tak cepat habis?

Kos sara hidup makin naik.

Gaji sikit, sikitlah caruman dipotong.
Yang takde caruman pun ada.

Jika KWSP benar-benar mahu membantu pencarum menguruskan wang simpanan mereka dengan berhemah, sila jangan sekat atau halang mereka keluar duit pada usia 55 tahun, bahkan ianya patut dipendekkan kepada 50 tahun.

Sebaliknya baik KWSP cadangkan kepada kerajaan agar naikkan tangga gaji supaya rakyat nanti boleh menyimpan lebih banyak di KWSP untuk kegunaan hari tua mereka.

Itu salah satu cara nak membantu pencarum. Jika betul la fikir demi rakyat. Kalau fikir demi nak bail out kerugian agensi kerajaan yang lain maka naikkan aje had usia pengeluaran kepada selepas mati. Dah mati baru boleh keluar duit. Selagi pencarum hidup selagi itulah KWSP boleh gunakan duit pencarum dengan sesuka ahti. Oke tak cadangan aku?

KAH KAH KAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.