`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 2, 2015

DEMI MAQASID SYARIAH DAN WASATIYYAH, TETAMU ROSMAH PUN DERHAKA...WAKAKA!

Bila tengok gambar ni memang meluat. Meluat dan malu. Cakap berdengar-dengar, ikut maqasid syariah lah konon. Wasatiyyah lah konon! Tapi bila kenduri, kalah kenduri kahwin anak Sultan Brunei.

Walaupun sudah ada arahan supaya jangan terbitkan gambar perkahwinan anak PM, tetapi pada hari berkenaan gambar kahwin mewah melampau ini sudah keluar dalam laman-laman peribadi.

Yong tak perdulikan gambar-gambar itu.

Tetapi hari kedua GST dilancarkan ini Yong tak boleh diam saja. Kerana kalau diam maknanya Yong setuju.

YANG TINGGI TU KEK KAHWIN ATAU TIANG?

Cuba bandingkan dengan kek perkahwinan anak Sultan Brunei ni. 

ANAK SULTAN BRUNEI MEMOTONG KEK KAHWIN

Nampaknya tetamu Rosmahpun derhaka. 

Tahniah kepada yang berani mendedahkan gambar-gambar perkahwinan mewah anak PM yang wasatiyyah dan mengikut konsep maqasid syariah dalam tadbir-urus negara.

Tetapi Pak-pak mufti, Ulama UMNO, Ulama PAS, Mursyidul Am PAS, Majlis Syura Ulama semuanya bisu seribu bahasa.

Bila lagi nak bersuara? 

BILA AAAH?

P.S. Maaf, mengkomer cari sendiri mana lagi gambor kahwin demer. Yong tak sior nak siarkan banyak-banyak gambor tu di sini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.