`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 13, 2015

1MDB, TH, EPF, KWAP, PNB- Transaksi Bisnes dan Regulatory Capture.




Ada kawan2 berkata kepada saya- mustahil salah laku berlaku dalam transaksi TH dengan 1MDB. Kenapa tanya saya? 
Sebab tokoh2 dalam transaksi itu mereka kenal sebagai warak dan alim dan kuat beragama.

Saya jawab- tidak ada misteri pun. Sebab duit, jika ia boleh berkata kata- akan kata, ia tidak tahu dalam tangan siapa ia berada- dalam tangan orang alim atau tangan pelesit masyarakat.

Duit tak kenal pak haji atau matlaon. Keinginan memiliki duit tambahan dan mudah tidak mengenal dan membeza kadhi, mufti dengan pencuri biasa.

Sebagai bandingan seterusnya saya kata- lihat ustaz yang gatal yang mencabul wanita. Barang yang ada pada nya tidak pun tahu ianya melekat dan tergantung pada badan tok guru, ustaz atau setan masyarakat. Dia tahu bila lihat target, dia hendak. Budak botak tu tak ada mata dan telinga- dia bahan sondol je.

Jadi, saya kata, kita jangan ambil orang at face value. Setan dan crook semua berwajah decent.

Izinkan saya mebincang transaksi TH dan 1MDB dan transaksi2 1MDB dengan badan2 berkanun lain seperti KWAP atau PNB atau mana2 lah.

Kerajaan Najib sudah desperate sekarang – dia akan lakukan apa sahaja untuk meyelamatkan tengkuk nya. Desperation itu membuka peluang kepada individu2 yang ada kedudukan mengambil kesempatan membalun wang. Apatah lagi mereka sedar, rasuah sudah tidak terkawal lagi apabila money has gone to number 1. Mungkin.

Sebagai nota sampingan- dalam isiu 1MDB ini, kita tidak boleh berharap pada Muhyidin Yassin. Mana mungkin Malaysia akan selamat dengan tokoh berpalit lumpur ini? Di Milan bukan main berdegar degar- habis MKT semua sekali menyokong Najib.

Mahukah Dr Mahathir sokong orang macam Muhyidin sebagai PM Malaysia yang akan datang? Fakta nya, Muhyidin dan semua menteri lain sama sama berada atas bridge kapal yang langgar batu karang. They were all on the bridge that caused our ship of state to run aground. Kesemua mereka tidak layak jadi PM.

Saya mahu bincang isiu TH dan 1MDB melalui suatu konsep yang dinamakan regulatory capture. Dengan konsep ini kita akan faham bahawa songlap duit, kebas komisyen, berjanji akan garu belakang masing2, tumbuk rusuk semua sekali adalah kemungkinan2 yang tinggi dan sebenarnya berlaku.

Saya rasa teringin melihat isiu TH dari kosep ini bila membaca pompous humility timbalan CEO tabung Haji mengeluarkan jawapan yang nampak nya suci.

Semua nya syariah compliant dan bersesuaian dengan selera Tabung Haji menggalas risiko yang tinggi. Wah….

Bila membaca respons ini, entah mengapa saya teringat tokoh yang dicipta oleh Pak Sako dalam novel nya- Encik Poh Kee Mak dan encik Tong Sam Pah. 
Regulatory Capture. 

Konsep ini dimajukan oleh beberapa ahli ekonomi seperti George Stigler dan pada masa ini oleh Joseph Stiglitz.

Apa dia regulatory capture?  

Ianya suatu bentuk rasuah yang berlaku apabila suatu ejensi, suatu syarikat sokongan kerajaan atau bisnes entity yang mempunyai dokongan politik- seperti 1MDB membuatterma2 dan peraturan serta perta rules and regulation yang menjaga kepentingan komersial dan kepentingan kewangan suatu kelompok berkepentingan.Dalam bahasa mudah mensahihkan rasuah, balun duit, komisyen, bakshish.

Malah amalan ini diamalkan dalam syarikat2 besar dimana lembaga eksekutif , apabila melakukan tarsaksi yang melibatkan wang yang besar- akan write in rules and regulation yang akan menawan faedah disuatu masa hadapan atau ketika itu jua.

Regulatory capture adalah suatu bentuk kegagalan tata-urus yang baik. Ia nya memberi peluang kepada pencuri dan penyamun, perasuah- alim atau tidak, baik atau matloan untuk menyapu wang sementara dilindungi oleh jawatan politik atau jawatan ekskutif.

Ejensi2 , syarikat milik kerajaan atau syarikat dokongan politik, disebut sebagai "captured agencies". Apatah lagi peluang membalun wang semakin besar jika yang berurusan semua nya captured agencies. Contoh: Tahung haji dan 1MDB. 1MDB dengan KWAP. 1MDB dengan TNB. 1MDB dengan EPF, PNB, dan mana lagi si Najib Bugis berselera.

Walaupun saya frust dengan sikap orang Melayu yang mengada ngada hanya apabila RM189 juta duit Tabung Haji terlibat sedangkan 1MDB yang mempunyai RM49 billion hutang dan tanggungan mereka diamkan dan tidak pedllikan, saya rasionalisasikan sikap mereka itu dalam konsep regulatory capture ini.

Saya yakin orang melayu biasa pun, UMNO dan bukan UMNO membenci segala bentuk salah guna kuasa, rasuah dan membalun duit rakyat.

Regulatory capture berlaku bila mana sekelompok individu yang ada kuasa politik dan eksekutif mempunyai kepentingan tinggi dalam outcome sesuatu transaksi. Jadi mereka write in peraturan dan regulations dalam transaksi yang dilakukan supaya imbuhan yang mereka mahukan akan dinikmati setelah selesai transaksi.

Dan semua ini sahih disisi undang2. Sebagai contoh dari segi technicalities, perjanjian yang dilakukan oleh peguam2 jho low dan Tarik obeid semua nya legal. Ertinya, undang2 boleh digunakan untuk mensahihkan pembalunan wang.

Serupa juga- dari segi teknikaliti orang macam Dato Johan timbalan CEO tabung Haji tidak melihat apa pun yang cacat- semua technicalities diikuti. 
Regulatory captures ditulis dalam bahasa teknikaliti yang sahih , maka mengikut pandangan Dato Johan, regulatory captures itu tentulah sahih dan syariah compliant lagi.

Oleh yang demikian mereka akan menghalakan sumber dan pemikiran bagaimana merealisasikan dan menikmati  kepentingan2 tersebut( biasa nya wang berjuta2) .

Orang2 biasa , kerana setiap mereka mempunyai kepentingan yang kecil dalam hasil sesuatu dasar atau transaksi tidak akan mempedulikan nya. 
Contoh; 1MDB- kelompok individu yang ada kedudukan politik seperti Najib dan lain2 serta mereka yang mempunyai keududukan eksekutif mempunyai kepentingan besar dalam outcome apa2 yang dilakukan oleh 1MDB. Oleh yang demikian, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menikmati hasil dari rancangan ereka.

Mungkin kelompok ini termasuk  lembaga pengarah atau individu tertentu dalam 1MDB serta para aktor lain seperti Jho Low, Patrick Mahney, Tarik Obeid, Li Lin Sit, Tifanny Heah dan pak arab dan mamat Meayu yang lain.

Orang biasa mempunyai kepentingan yang kecil atau tidak ada lansung secara individu maka tidak peduli apa yang dilakukan oleh 1MDB. Peduli apa dengan 1MDB asal aku dapat BR1M, dapat bantuan JKM, dapat mohon tanah, dapat longkang dan jalan. Dia orang nak samun atau rompak, tidak apa.

Lagi pun, kalau kerajaan lain ambil alih, serupa juga. Lagi pun Najib Bugis berhak ambil apa2 sebab dia yang mengurus negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.