`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 5, 2015

BERITA MENAMBAH SESAK NAFAS RAKYAT .... BETUL KE TOL BAKAL NAIK LAGI??????



Belum pun rakyat rasa reda sesak nafas, disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan merobek saku rakyat bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan. 

Sumber-sumber memberitahu, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini. 

Adalah difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan sekitar 50 hingga 100 peratus. 

Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi. 

Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol. 

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi. 

Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2. 

Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). 

Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). 

Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). 

Apakah sumber ini sahih atau pun sekadar khabar angin sepoi-sepoi bahasa untuk menyemarakkan berita sensasi, hanya pihak berwajib perlu berikan respon demi pencerahan dan kebenaran. 

Jika ditanya rakyat tidak kira dari kelompok anutan politik mana dan kedudukan serta status sosial mana sekali pun sudah pasti akan membantah keras.

Harap-harap ini hanyalah khabar angin dari radio karat yang sedang berkumandang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.