`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 17, 2015

TUN MAHATHIR CADANG USUL UNDI TIDAK PERCAYA

mahathir-najib
(Perak Today) – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Parlimen boleh mengusulkan untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang penyokongnya ketika program Bicara Negarawan yang diadakan di sini, petang tadi.
Beliau menjawab soalan yang ditanya oleh penyokongnya, apakah langkah yang boleh dibuat oleh Parlimen untuk meminta Datuk Seri Najib meletak jawatan
“Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengusulkan undi tidak percaya kepadanya.
“Tetapi ahli UMNO bukan majoriti dan terpaksa mendapatkan sokongan dariada ahli Barisan Nasional,” katanya.
Mahathir turut berkata, beliau mendapati bahawa UMNO sekarang agak lemah dan mereka tidak berani melakukan apa-apa.
Tun Mahathir turut berkata, Speker Dewan telah berjumpa dengannya untuk mengatakan bahawa beliau ingin meletak jawatan.
“Dia datang jumpa saya dan dia cakap yang dia nak berhenti.
“Yang menjadi pengerusi sekarang ialah timbalan beliau,” katanya.
Menurutnya lagi,beliau turut bersedia untuk berdebat dengan Najib jika diajak untuk berdebat.
“Saya tak ada kebolehan dalam berdebat, tetapi kalau dia jemput, saya okay saja,”katanya.
Selain itu, Mahathir turut ditanya apakah beliau bersedia jika beliau dipecat keahlian sebagai ahli UMNO.
“Saya bersedia jika dipecat keahlian sebagai ahli UMNO,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.