`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 2, 2015

Najib kini pertahan Tabung Haji beli tanah 1MDB, untung RM170 juta

Datuk Seri Najib Razak kini mempertahankan pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2015.Datuk Seri Najib Razak kini mempertahankan pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2015.
Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah Lembaga Tabung Haji yang membeli sekeping tanah pada Mei lalu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana katanya ia menjana keuntungan RM170 juta.
Perdana menteri berkata, pembelian tanah tersebut satu langkah komersil yang menguntungkan pencarum yang menyimpan di dalam agensi yang mengendalikan urusan mengerjakan haji tersebut.
"Sebelum ini disebarkan berita kononnya gunakan wang Tabung Haji nak selamatkan 1MDB.
Najib, yang juga penaung kepada 1MDB menafikan tindakan membeli tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) dari syarikat sarat hutang tersebut merupakan langkah 'bailout' seperti yang didakwa pengkritik.
"Takkan kita nak gunakan wang rakyat untuk 'bailout' 1MDB. Itu bukanlah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.
Pembelian tanah Tabung Haji itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia melibatkan syarikat milik kerajaan yang kontroversi yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion.
Tabung Haji membeli tanah itu pada harga RM188 juta daripada 1MDB pada April untuk membina menara kediaman.
Pembelian itu 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat itu, untuk plot tanah yang sama, kepada kerajaan persekutuan empat tahun lalu.
Selepas dikritik hebat, Najib akhirnya mengarahkan Tabung Haji menjual semula tanah tersebut, bagaimanapun sehingga hari masih tiada pembeli walaupun pada awalnya dikatakan terdapat pihak yang sudah membuat tawaran.
Sesetengah pengkritik menganggap pembelian itu satu “bailout” untuk menyelamatkan 1MDB yang menghadapi masalah aliran tunai yang memberi kesan kepada keupayaannya membayar balik pinjamannya.
Mereka yang lain menekankan tentang konflik kepentingan yang wujud memandangkan beberapa eksekutif tertinggi Tabung Haji juga menduduki lembaga pengarah 1MDB.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.