`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 11, 2015

13 AJK Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan, ada cawangan bakal terbubar

Bekas naib ketua Pemuda PAS Shah Alam Abbas Salimmi Adzmi bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Ogos, 2015.Bekas naib ketua Pemuda PAS Shah Alam Abbas Salimmi Adzmi bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Ogos, 2015.Seramai 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam hari ini mengumumkan peletakan jawatan mereka di peringkat kawasan selepas parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan Jun lalu.
Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan Abbas Salimmi Adzmi berkata, peletakan jawatan mereka bermula semalam dan lebih ramai Pemuda Shah Alam akan mengambil tindakan sama.
"Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.
Abbas berkata antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar.
Katanya, mereka masih lagi merupakan ahli PAS dan akan bergerak sebagai ahli biasa mengikut perlembagaan parti. 
“Tiada niat antara kami untuk memboikot atau dengan tindakan kami ini untuk memalukan mana mana pihak. 
“Peletakan jawatan kami ini boleh juga dianggap sebagai satu pengorbanan kami bagi melihat kesinambungan perjuangan Pemuda PAS selari dengan 'uslub' yang dibawa oleh kepimpinan baharu.
“Keputusan yang kami ambil ini adalah dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar parti,” katanya. 
Ditanya sama ada akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai platform baru, Abbas berkata: “Kita akan mencari satu wadah yang bersesuaian dengan fikrah kami iaitu berlandaskan Islam dan GHB adalah salah satu daripada wadah yang akan difikirkan.”
Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai (GHB).
Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata tindakannya keluar PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya tersasar daripada perjuangan asal Pakatan Rakyat (PR).
"Banyak isu (dalam PAS) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan PR.
"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru (GHB) kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya seperti dilaporkan Bernama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.