`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 15, 2015

1MDB: “Saya berani bersumpah mereka mahu cagarkan minyak Terengganu” - Bekas MB Terengganu


Datuk Seri Ahmad Said sanggup bersumpah bagi membuktikan bahawa dakwaan 1MDB cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu adalah benar.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud pun sedia maklum perkara itu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini,” katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Ahmad berkata, beliau sedia mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mei lalu, Ahmad mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.

Pendedahan Ahmad itu bagaimanapun dinafikan penyokong kerajaan. Ahmad dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering kelihatan dalam program yang dihadiri bekas Perdana Menteri lapor Free Malaysia Today

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.