`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 20, 2015

Dr M: Adakah Najib membeli pemimpin Umno?



Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Razak 'membeli' Ahli Parlimen BN yang bersifat kritikal terhadap bekas perdana menteri itu, termasuk seorang yang mendakwa memiliki bukti salah laku Presiden Umno tersebut.

Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen BN kini terhutang budi kepada Najib selepas mereka diberikan - dan menerimanya - jawatan dalam kerajaan.

"Malah mereka yang pernah datang berjumpa saya untuk mengadu mengenai pentadbiran Najib sebelum ini, selepas diberi jawatan dalam kerajaan, kini mengubah pendiriannya.

"Seorang daripada mereka mendakwa memiliki bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan gembira menyokong beliau (Najib) selepas menjadi menteri," tulis perdana menteri keempat Malaysia itu.

Menurut Dr Mahathir, ahli parlimen yang lain juga berubah sikap selepas "rundingan singkat tertutup dan ditawarkan habuan".

"Shahrir Abdul Samad (Presiden Majlis Ahli Parlimen BN) sekarang mendakwa menerima wang daripada presiden adalah wajar.

"Ia (menerima wang) sangat tidak wajar. Semua sumbangan pada masa lalu dimasukkan ke tabung parti yang dikendalikan pemegang amanah. Sokongan kepada presiden hanya terhad kepada pelaksanaan dasar parti. Ia bukan bersifat peribadi kepada presiden.

"Dia (Shahrir) secara terbuka berkata, disebabkan mendapat wang daripada Najib mereka sepatutnya memberikan sokongan kepada beliau. Ini rasuah. Adakah presiden merasuah pemimpin Umno untuk mendapatkan sokongan?" tanya Dr Mahathir.

2 comments:

  1. This is always the story line in a movie. The bad will in the end suffer - because they always think their boss will protect them. When they are no longer needed, they will be thrown out and that day, they will regret! Alhamdullilah!

    ReplyDelete
  2. This is always the story line in a movie. The bad will in the end suffer - because they always think their boss will protect them. When they are no longer needed, they will be thrown out and that day, they will regret! Alhamdullilah!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.