BULAN lalu, seorang wanita di China maut selepas terjatuh apabila lantai eskalator 'runtuh' di sebuah pusat membeli-belah.
Namun heboh di media sosial mengenai kejadian yang hampir serupa berlaku di negara ini beberapa hari lalu namun ia tidak melibatkan kecederaan.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Seorang pengguna media sosial, Ikhwan melalui laman Facebooknya memuatnaik foto yang menunjukkan keadaan lantai eskalator di KL sentral yang 'runtuh'.
Menurut Ikhwan, dia yang berada di lokasi kejadian ketika itu hendak menggunakan eskalator berkenaan sebelum pemijak lantai itu tiba-tiba terjatuh.
"Kejadian berlaku petang tadi (18 Ogos) di KL Sentral, 3 meter belakang aku, tiba-tiba benda ni (eskalator) rosak, yang di belakang aku semua selamat..dekat nak sama macam kes di China tempoh hari", tulisnya.
Walau bagaimanapun, menurut Ikhwan, tiada kecederaan dilaporkan.