`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 11, 2015

Jangan Fitnah Najib.. Kereta Singapore Itu Milik Kedutaan Malaysia Lah..


Kerajaan Negeri hari ini mengkritik dakwaan dalam posting dan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa menggunakan kereta dengan nombor plat Singapura untuk kegunaan beliau sepanjang berada di Johor, di Facebook yang menjadi viral.

Gambar berkenaan menunjukkan beberapa kereta eksekutif dengan nombor plat pendaftaran Singapura, di Dewan Serbaguna Mawar di Pasir Gudang ketika menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang, semalam.

Menurut posting yang juga disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram hari ini, Sultan Johor yang meminta kerajaan negeri menggunakan kereta Singapura itu.

Namun hal ini dinafikan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Johor, Asri Khalbi yang berkata, kerajaan tahu mengenai gambar-gambar yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan negeri mengutuk tindakan menyebarkan gambar-gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memutuskan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan istana Johor dan kerajaan persekutuan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Asri menrangkan, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan ketibaannya disambut mengikut protokol yang sepatutnya oleh kerajaan negeri.

“Dakwaan dalam gambar berkenaan tidak benar,” katnaya dan menekankan bahawa hubungan antara istana Johor dan kerajaan negeri, sangat baik.

Najib dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura atas jemputan kerajaan Singapura atas sambutan Hari Kebangsaan ke-50 pada Ahad.

Perdana Menteri mendapat layanan terhormat seperti ketua kerajaan dari negara Asean yang lain yang dijemput khas untuk acara berkenaan.

Difahamkan kereta-kereta eksekutif yang digunakan, disediakan oleh pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura untuk kegunaan Najib dari Singapura ke Pasir Gudang di mana beliau merasmikan mesyuarat bahagian atas kapasiti sebagai presiden Umno.

Beliau kemudian pulang ke Singapura di mana beliau menjadi tetamu untuk sambutan Hari Kebangsaan, pada Ahad. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.