`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 2, 2015

'Pegang-pegang Bukan Muhrim', Jangan Berfikiran Sempit. -Azalina Othman Said


Datuk Seri Azalina Othman Said (Tomboi ??) 

TERCATAT dalam Blog OMAKKAU...

TEGUR LEMBAGA PENAPISAN FILEM (LPF) JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT ... USTAZ KAZIM ELIAS BELASAH AZALINA OTHMAN 

Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. 

Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan.. disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. 

Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. 

Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...

Sebelum ini heboh pasal Azalina Othman menyerang Lembaga Penapisan Filem (LPF) jangan berfikiran sempit:

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut Azalina, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan."

Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, menteri JPM Azalina Othman Said. Mungkin dia tak belajar agama sejak kecil atau 'kot kot terlebih belajar' (tentunya bukan ilmu Islam) sehingga sanggup menolak hukum agama seperti berita di atas..

Patutlah Ustaz Kazim Elias menegurnya. Eloklah tegur menegur sesama kelompok, jangan sampai orang anggap miskin sangat kerajaan Malaysia (bukan miskin harta), menteri JPMnya pun terlalu 'jahilliah' dalam agama. 

Ya, tegur jangan tak tegur, itu kewajipan. Kita hanya menyampaikan, walau satu ayat. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.