`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 19, 2015

Penemuan Jongkong Emas Peninggalan Tentera Jepun Di Kunak



Kunak: Benarkah jongkong emas bernilai jutaan ringgit ditemui di terowong peninggalan tentera Jepun di Ladang Mostyn, di sini, seperti yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu?

Sehingga kini tiada jawapan pasti kerana pihak bertanggungjawab masih menyiasat dakwaan itu

Pegawai Daerah Kunak Susilo Sumarto berkata, pihaknya turut menerima maklumat sama mengenai 'penemuan' itu tetapi tiada individu tempatan atau pekerja ladang mengakuinya.

"Jongkong emas ini didakwa ditemui dalam terowong tinggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di ladang itu.

Saya sendiri ada menghubungi pengurus ladang pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bagi mengesahkan penemuan ini tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susilo berkata, pihaknya gagal mengesan individu yang menemuinya dan lokasi emas yang didakwa ditemui .

"Menerusi maklumat disebarkan orang ramai, beberapa individu mendakwa menemui jongkong emas tertera perkataan 'Sumatra' dipercayai dari Sumatera di terowong berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Joanna Kitingan berkata, pihaknya ada melakukan pemeriksaan di terowong berkenaan awal tahun ini selepas dimaklumkan pemilik ladang mengenai kewujudannya.

"Terowong sepanjang lapan kilometer dipercayai mampu dilalui lori 10 tan ini ditemui pekerja ladang yang membersihkan kawasan tersebut pada 1970-an.

"Laluan ini digunakan tentera Jepun bagi mengangkut atau menyimpan peralatan perang tetapi ia tiada kaitan dakwaan penemuan emas seperti disebarkan," katanya.

Joanna berkata, pihaknya tidak dapat memastikan mengenai kebenaran penemuan emas itu.

"Kami hanya melakukan pemeriksaan sama ada ia adalah tinggalan sejarah atau sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Abd Rashid Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar satu pasukan khas bagi memantau lokasi berkenaan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai penemuan emas di kawasan ladang itu.



- hmetro dan fb

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.