`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 8, 2015

SUASANA YANG TIDAK DISIARKAN OLEH TV3 DAN RTM ... MAJLIS AIDIL FITRI ANJURAN UMNO TANAH MERAH DILANDA RIBUT KUAT.















Majlis sambutan Aidilfitri yang di rasmikan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah ditangguhkan selama sejam selepas hujan lebat dan ribut melanda jajahan ini bermula pukul 3.30 petang tadi. 

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Ab Aziz. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memberi penjelasan terperinci berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion kepada anggota UMNO dalam masa terdekat. 

Naib Presiden UMNO itu berkata langkah itu bagi memastikan setiap anggota parti tidak terpengaruh dengan berita-berita yang tidak betul yang disalurkan melalui sosial media. 

"Akar umbi (UMNO) jika tidak diberi penjelasan akan terpengaruh dengan gelombang dan badai yang melanda media sosial yang mengambil alih komunikasi tanpa lisan yang berlaku sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Aidilfitri dan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini. 

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid mahu perpaduan dalam kalangan anggota UMNO terus kukuh dan tidak dipecahkan dari dalam oleh "segelintir pihak yang tidak senang dengan saf kepimpinan semasa." 

"Masalah pembangunan, infrastruktur kita boleh cari peruntukan, tetapi penyatuan pemikiran, hati nurani tiada harganya. Ia dapat digarap dan dipertingkatkan jika ada perpaduan dalam kalangan kita," katanya. 

Pada majlis itu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah serta RM50,000 kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Tanah Merah bagi membeli pakaian seragam baharu. 

Selain itu, beliau turut menyerahkan pinjaman sebanyak RM3 juta kepada 252 usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.