`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, September 26, 2015

MAUT TERKENA PARANG KETIKA SEMBELIH LEMBU KORBAN





Pada 24/9/15 jam lebih kurang jam 11 pagi. bertempat di Surau Taman BCB Yong Peng, Johor Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih. 

Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan. 

Ketika lembu berkenaan mau disembelih, tetiba lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercampak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati. 

Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng untuk mendapatkan rawatan. 

Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia. 

Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. 

Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI )

2 comments:

  1. sbenar nye ni lembu yg ke 3 dan yg terahkir.. lembu ini sudah pun disembelih , namun dia bangun semula seperti tiada apa-apa yg brlaku, namun arwah yg tiada di situ tiba – tiba muncul untuk bantu memeriksa semula lembu brkenaan..lembu trsebut telah pun diikat semula nmun lembu trbabit meronta dn parang yg dipegang imam trkena tgn arwah… saya antara saksi kejadian…

    ReplyDelete
  2. sbenar nye ni lembu yg ke 3 dan yg terahkir.. lembu ini sudah pun disembelih , namun dia bangun semula seperti tiada apa-apa yg brlaku, namun arwah yg tiada di situ tiba – tiba muncul untuk bantu memeriksa semula lembu brkenaan..lembu trsebut telah pun diikat semula nmun lembu trbabit meronta dn parang yg dipegang imam trkena tgn arwah… saya antara saksi kejadian…

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.