`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, October 28, 2015

Melayu punya tolenrasi tinggi terhadap salahguna kuasa pemerintah

Terbaca keluhan dari bekas Menteri Undang-Undang hari ini berkenaan orang Melayu di negara kita Malaysia.

Kata beliau, orang Melayu punya tolenrasi yang amat tinggi terhadap salah laku pemerintah mereka dari segi salah guna kuasa, rasuah dan suka belasah duit rakyat.

Pemerintah buatlah apa saja yang bersangkutan dalam hal seperti yang tersebut di atas tadi, rakyat terutamanya orang Melayu kebanyakannya akan tetap menjungjung tinggi kekuasaan para pemimpin yang memerintah mereka.

Pemimpin yang sebegitu akan tetap disokong. Kalau tak sokongpun, mereka sekadar berdiam diri tak buat apa-apa. Benci dalam hati dan ambil pendekatan tak ambil tahu dan tak komen terus.

Tapi sebaliknya, orang Melayu akan bangun marah-marah, ikat kepala dengan kain merah, pasang selendang, bakar kertas atau bendera jika pemimin dilihat minum arak, atau tak solat jumaat, atau tak solat fardu, tak puasa dibulan puasa dan seumpamanya.

Dalam bab sebegitu, orang Melayu rata-ratanya akan bangun marah dan berapi-api. Mereka kecam dan buat bising di kedai kopi dan akhirnya, mereka boleh bawa ke medan pilihan raya dan pemimpin itu akan tidak menjadi pilihan.

Orang Melayu perlu tolak salah guna kuasa

Memang betul juga rasanya apa yang diperkatakan oleh bekas Menteri Undang-undang tersebut.

Bukan nak kata bahawa orang Melayu tak sepatutnya nak ambil berat terhadap hal ehwal solat, puasa dan mabuk arak para pemimpin mereka, bukan begitu.

Tetapi, sebaiknya tahap tolenrasi yang rendah perlu ada juga terhadap masalah salah guna kuasa, rasuah, belasah duit rakyat dan seumpamanya kepada diri para pemimpin negara kita.

Tidak boleh bertolak ansur dan buat tak tahu jika pemimpin salah guna kuasa dan suka rompak duit rakyat. Itu juga teramat penting untuk membentuk masyarakat yang bertamadun dan punya cita-cita perjuangan yang tinggi.

Kenapa orang Melayu tak kisah

Rasanya, tak perlu dihairankan dengan sikap orang Melayu yang punya tahap tolenrasi rendah pada sikap salah guna kuasa dan korup pemerintah mereka, memang begitulah didikan dari sejak dulu sampai sekarang untuk orang Melayu terutamanya.

Lihat siapa hero kita ?

Hang Tuah !

Itulah nama hero yang kita disogok sejak sekian lama dari sekolah rendah smapai sekarang. Habis nama kapal perang, pingat dan segala bala tok nenek di berikan nama sempena pahlawan Melayu yang terulung itu.

Dengan menjadikan Hang Tuah sebagai hero orang Melayu, kita mendapat mesej supaya orang Melayu mesti taat membuta tuli pada pemerintah mereka. Seperti mana Hang Tuah yang amat taat 100% terhadap rajanya.

Apa kerja Hang Tuah ?

Tak lain tak bukan hanyalah untuk mengambil hati rajanya sahaja. Hang Tuah kerjanya adalah bergaduh tewaskan siapa saja yang tidak disukai rajanya, menguruskan kelengkapan memburu rajanya, menguruskan hiburan rajanya dan menculik gadis kegemaran rajanya.

Tugas itu semua dilakukan atas nama taat pada rajanya. Walaupun ianya tidak membawa apa-apa makna dan tidak menguntungkan rakyat bawahan, Hang Tuah tidak memperdulikan semua itu kerana dasarnya adalah untuk gembirakan raja dan taat membuta tuli hatta yang disuruh itu bertentangan dari norma tatasusila manusia dan juga agama.

Cuba baca semula buku Sejarah Melayu dan lihat bagaimana kisah rakyat tidak mendapat tempat di kalangan bangsawan Melayu. Yag ada hanyalah kisah bodek pemimpin. Mereka yang pandai berlawan mendapat tempat dan para petani serta nelayan dan burh bawahan adalah mereka yang hina.

Itu semua diterapkan pada orang Melayu sejak sekian lama dan itulah jadinya sekarang pada orang Melayu yang masih tetap taat pada pemerintah mereka samada pemerintah yang korup atau tidak. Mesti ikut contoh para pahlawan 5 hang yang sakti.

Pendekar Melayu sedia berperang

Kebetulan pula ada kenyataan dari panglima atau pahlawan Melayu terkini seperti Presiden Pesaka, Ali Rustam yang berikrar sanggup berperang demi mempertahankan pemimpin mereka.

Itu semua adalah semangat yang datang daripada penghayatan terhadap contoh hero-hero seperti Hang Tuah dalam kisah Sejarah Melayu.

Nampaknya masih sama juga sekarang. Orang Melayu seperti Ali Rustam masih gemarkan silat untuk jadi pendekar atau pahlawan macam dalam cerita sejarah melayu dan akan kekal taat setia tanpa ada syarat.

Apa yang saya tulis di atas adalah makna isi kandungan buku terbaru yang saya baca berkenaan Hero-Hero Melayu yang dikaji oleh seorang pengkaji di Universiti Malaya.

Apa pendapat anda ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.