Monday, November 2, 2015
Siapa Penasihat Dari PAS Tu?.. Nasharuddin? Nik Abduh? Kah.. kah.. kah.. gelak Blogger UMNO
Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana semalam..
- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.
- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.
- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.
Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.
Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?
Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?
Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?
Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?
Hujah Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan" semata-mata.
Sebagaimana burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila, maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.
UMNO akan terus kekal dengan dasar kebangsaannya seperti yang ada sekarang. Jika Pas ingin berbaik-baik dan teringin sangat bersamanya, UMNO mustahil mahu mengubah identitinya, tetapi Paslah yang perlu menyesuaikan dirinya.
Hakikatnya, UMNO lebih besar dan kuat daripada Pas...gilalah jika orang besar dan kuat tunduk kepada orang kecil.
Hadi Awang juga berterus-terang bahawa satu pertemuan dengan Najib yang pernah memiliki wang derma sebanyak RM2,600 juta akan diadakan tidak lama lagi.
Sekali lagi....kah, kah, kah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.