Semenjak dua menjak ni aku dok tengok dalam media sosial ni banyak benor manusia merungut pasal kehidupan yang makin susah dan dihimpit dengan kenaikan barangan keperluan harian.
Memang aku tak nafikan walaupun aku ni blogger tapi aku juga membeli barangan keperluan harian. Sebelum aku nak perpanjangkan isu kos sara hidup ni. Izinkan aku blogger jalanan ni menceritakan tentang apa yang aku sendiri perhatikan harga barangan yang semakin melambung ni.
Sejak dari GST dikenakan terhadap rakyat Malaysia banyak rungutan yang boleh kita dengar dari rakyat kebanyakan. Ditambah lago dengan badut yang berkata apabila GST dilaksankan maka harga barangan akan semakin murah. Namun segala cerita mat jenin ini tidak berlaku.
Apa yang berlaku sebenarnya? Sebelum GST dilaksanakan para peniaga yang tidak bertanggungjawab ini telah menaikkan harga barangan terlebih dahulu sebelum dikenakan GST. Contoh coklat A sebelum gst harga dia 2 ringgit tetapi bila GST sudah hampir nak dilaksanan harga coklat A tadi sudah dinaikkan kepada 3 ringgit. Ini belum masuk GST 6% OK.
Jadi harga barangan tadi lepas gst 3 ringgit campur 6% maka jadilah ia 3.18 diroundkan jadilah 3.20. Ini contoh dan aku percaya korang boleh tengok banyak barangan yang jadi macam ni. Yang membuatkan rakyat marah ni bukan pasal gst sangat tetapi sebab kenaikan barangan yang luarbiasa.
Kalau la penguatkuasaan dilaksanakan dengan baik dan tidak keluar statement pelik-pelik dari menteri terdahulu yang menjaga KPDNKK tu. Aku rasa keadaan tak la teruk macam sekarang. Aku pernah kata lantik AZEEZ RAHIM sebagai menteri KPDNKK, lepas tu koramg tengok la siapa berani nak main dengan harga barang.
Tapi yalah aku ni blogger jalanan saja, siapa nak dengar cakap aku ni. Sudahnya ada menteri baru dilantik dan sehingga kini kita tak nampak lago tindakan diambil kepada peniaga harami yang menaikkan barangan sesuka hati mereka.
Memang tidak dinafikan puak DAP ni ada agenda tersendiri untuk mengenakan kerajaan Islam atau melayu yang sedang memerintah sekarang ni, tapi jangan la pulak kita duk diam dan meratapi nasib macam orang yang tiada kuasa. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab membuat kerja mereka dan menangkap peniaga yang menjual harga yang terlampau.
Apa masalah sekarang? Semua peniaga kini sudah berdaftar dengan kastam dan kerajaan sudah boleh pantau semuanya atau masih ada kekangan dalam tenaga kerja atau sistem yang masih tidak boleh track harga asal dari kilang sehingga la ke peruncit?
Sepatutnya bila dilaksana sistem GST ni kerajaan sudah boleh tahu berapa harga dari kilang hingga ke pembeli iaitu rakyat kebanyakan. Sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga terlampau maka ambil la tindakan yang sewajarnya. Takkan semua benda ni PK nak ajar? Kalau macam tu lantik je la PK jadi Menteri KPDNKK. MUAHAHAHAHA
Benda boleh buat, memang susah makan masa tapi tidak akan selesai dengan hanya mengeluarkan statement retorik yang mengatakan harga barangan kita masih murah kalau nak dibanding dengan negara jiran. Dan tolong la kurangkan statement kurang cerdik dari kalangan menteri-menteri kita yang cerdik pandai ni. Less talk and more production please.
Berbalik pada kisah kemarahan rakyat yang makin menjadi-jadi ni. Kena cari jalan untuk selesaikan masalah peniaga-peniaga pro DAP yang memang mahu hancurkan kerajaan MELAYU ISLAM ni. Buat la kerja agar rakyat tidak menghukum kerajaan semasa PRU nanti.
Cuma PK ada pelik sikit, dalam zaman kenaikan ini pun, rakyat Malaysia masih mampu shopping dn bercuti dalam dan luar negara. Tak percaya pergi la mana-mana shopping complex, tempat peranginan. Memang penuh beb. So kalau ikut cerita kat media soSIAL ni rakyat MALAYSIA dah mati kelaparan dan merempat tepi jalan.
So dalam hal ini aku salahkan kedua belah pihak. Rakyat pun ada terover dan kerajaan pun ada yang tidak memnjalankan tanggungjawab mereka. Tambahan pula dengan cerita skandal berbillion yang masih belum disahkan tetapi telah menjadi satu kepercayaan dikalangan rakyat marhaen, membuatkan rakyat fikir kerajaan terpaksa mengenakan cukai dan menaikkan barangan untul menutup kerugian berbillion ringgit.
Yang sebenarnya ini tak betul pun tetapi disebabkan keadaan yang berlaku dan kenaikan demi kenailan yang berlaku ini membuatkan rakyat terpaksa membeli cerita sebegini. Aku pun rakyat kau yang membaca artikel ini pun rakyat juga. Suka atau tidak kadang-kadang kita pun goyang jugak.
Diharap penguatkuasaan dijalankan dengan lebih kuat lepas ni. Kalau sudah boleh handle perkara asas ni percayalah cakap aku masalah lain semua akan selesai sekali. Tak perlukan penasihat mahal pun. Ambim nasihat free aku ni dan start buat kerja. Insha Allah banyak masalah akan selesai.
PARPUKARI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.