`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 5, 2016

Punca Kedah tolak tajaan RM30 juta, Pengasas D’Herbs kecewa

D'Herbs_KedahMenteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) menjelaskan mengapa pihaknya terpaksa menolak tajaan untuk skuad Helang Merah.
“Memikul tanggungjawab selaku presiden KFA dan menteri besar, saya bertanggungjawab dalam memastikan hak rakyat Kedah tidak tergadai.
“Permintaan luar jangkaan dituntut pihak penaja terpaksa ditolak jawatankuasa pengurusan KFA demi menjaga kepentingan negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan di Facebook dipetik Malaysiakini, malam tadi.
KFA semalam membuat pengumuman menolak penajaan syarikat kosmetik D’Herbs Holding untuk menaja pasukan Kedah ada sebab-sebab tertentu.
D’Herbs didakwa bersedia menaja Kedah dengan nilai tajaan RM30 juta bagi tempoh tiga musim.
Ahmad Bashah juga berkata, pihaknya akan memastikan dana untuk skuad Helang Merah mencukupi.
“Namun ini bukan titik noktah. KFA akan memastikan dana mencukupi dan akan berusaha membuka dan mencari ruang penajaan baru,” katanya.
Sementara itu, Pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dalam kenyataannya kecewa dengan keputusan dibuat KFA tanpa perbincangan.
“Saya kecewa tidak dapat menaja Kedah walaupun saya dah lama spend (luang) masa saya, sehingga ke peringkat terakhir.
“Jujur sebenarnya saya amat kecewa sebab penguguman di buat secara tiba-tiba. Tanpa pengetahuan saya langsung,” katanya di Facebook.
Kata Aliff Syukri, jika sebelum beliau dan KFA boleh berbincang dengan baik dan bersama tetapi kali ini (keputusan) terus dibuat tanpa pengetahuan beliau.
“Saya berasakan adalah tidak adil untuk saya. Saya akan memberitahu semua isu-isu yang anda nak tahu pada sidang media dalam masa terdekat,” jelasnya.
Beliau turut berpesan agar pihak luar tidak memandai-mandai membuat andaian.
“Tunggu kesahihan saya dulu, macam-macam cerita keluar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.