`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, June 4, 2016

Perkhidmatan KLIA Ekspres & KLIA Transit pulih 3 petang ini

Ribut kuat melanda ibu kota petang semalam mengakibatkan kerosakan struktur landasan ERL antara Bandar Tasik Selatan dan Putrajaya.
erl
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan biasa tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan bersambung semula pada 3 petang ini selepas selesai kerja pembaikan, kata Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).
Menerusi laman Facebook rasmi, ERL berkata kakitangan syarikat itu menjalankan kerja pembaikan berikutan kerosakan pada trek, tren dan talian kuasa dalam kejadian ribut semalam.
“Sehubungan itu, tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan yang digabungkan mulai 4.30 pagi hingga 3 petang ini.
“Keseluruhan perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 akan mengambil masa tujuh hingga lapan minit lebih lama daripada perkhidmatan KLIA Ekspres biasa,” kata syarikat itu.
ERL berkata semua pelepasan dan ketibaan akan dilakukan dari platform KLIA Ekspres, dan orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada jadual perjalanan yang disemak semula dan dimuat naik ke laman Facebook rasminya.
Ribut kuat yang melanda ibu kota kira-kira 6 petang semalam mengakibatkan kerosakan pada struktur landasan ERL antara Bandar Tasik Selatan dan Putrajaya.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.