`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 26, 2016

Apa berlaku antara Dr M dan Raja Melayu pada 1993?

Peristiwa ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.
mahathir_raja-raja_600
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat kenyataan mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu.
Peristiwa yang kini dikenang sebagai ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2): “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri”.
Pada 6 Disember 1992, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas Gomez membuat laporan polis atas dakwaan dipukul Sultan Johor ketika itu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Douglas sebelumnya mengkritik Jabatan Pendidikan Johor ekoran tunduk dengan titah Sultan agar menarik diri daripada kejohanan kebangsaan.
Susulan itu, Dewan Rakyat memanggil sidang khas pada 10 Disember 1992 dan timbalan perdana menteri pada ketika itu, Tun Ghafar Baba yang membawa usul agar langkah diambil bagi menyekat kekebalan golongan diraja mendapat sokongan sebulat suara 96 wakil rakyat.
Pada masa sama, kempen media terhadap Raja-raja Melayu bermula. Pelbagai dakwaan salah laku dan gaya hidup mewah golongan diraja dipaparkan bagi meraih sokongan rakyat dalam ‘perang kerajaan dengan Raja-raja Melayu’.
Laporan tersebut tidak hanya menyasarkan kerabat diraja Johor kerana kerabat diraja Pahang misalnya turut dikritik atas dakwaan mendapat konsesi balak di negeri itu secara tidak adil.
Usul Ghafar turut disokong 2 parti pembangkang ketika itu iaitu PAS dan DAP, namun Semangat 46 membantahnya atas sebab ia akan melemahkan kedaulatan Raja dan ketuanan Melayu.
Namun, PAS mengambil sikap berkecuali ketika undian untuk pindaan dibuat pada 19 Januari 1993, bagi menjaga hubungannya dengan Sultan Kelantan dan Semangat 46.
Pindaan tidaklah semudah mendapat sokongan majoriti Dewan kerana perkenan Raja-raja Melayu masih diperlukan agar ia dapat diwartakan.
Maka kerajaan ketika itu meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetap diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tanpa perkenan baginda.
Ada pendapat yang mengatakan pindaan tersebut tidak sah, tetapi ia berjalan sehingga hari ini dan menyaksikan pelbagai akta diluluskan, termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara yang kontroversi itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.