`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 27, 2016

Bangsa Johor Yang Gemilang

Berikut adalah penulisan dari Anak Malaysia Berbangsa Melayu mengenai polemik Bangsa Johor: 
Reaksi kasar dan keras dari beberapa pemimpin Johor termasuk Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin terhadap pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semangat kenegerian, termasuklah konsep Bangsa Johor akan mengakibatkan perpecahan amatlah mengecewakan.
Selain itu, kenyataan kurang berhemah mereka apabila tersentuh sahaja Bangsa Johor membuktikan kekhuatiran Dr Mahathir ada asasnya.
Ini kerana kenyataan Dr Mahathir itu bersandar ke atas apa yang telah di nyatakan secara terbuka di dalam alam siber oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Iskandar yang memberi amaran bahawa Johor boleh keluar dari Malaysia jika ada syarat yang telah dipersetujui antara Johor dan Kerajaan Persekutuan tidak dipatuhi.
Kenyataan yang dibuat semasa satu temuramah dengan Fourth Official dan dikeluarkan semula di dalam laman facebook Southern Tigers dan juga Malaysiakini pada 16 Disember tahun lalu, turut melaporkan Tunku Ismail sebagai berkata:
“I am going to be the future Sultan of the state and my main responsibility goes towards the people of Johor. Malaysia is important to me, but Johor and JDT (the state football team) will always come first.” (Saya akan menjadi Sultan negeri ini pada masa akan datang dan tanggungjawab saya adalah terhadap orang Johor. Malaysia penting buat saya tetapi Johor dan JDT lebih utama).
Di dalam temubual yang sama, Tunku Ismail juga berkata mengingatkan tentang beberapa syarat yang dipersetujui apabila Johor bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu.
Katanya: “And if any of those terms are breached, we have every right to secede from this country.”
“You can accuse me of instigating state-based sentiments, but to me, I am merely doing my duty to the people of Johor and reminding them of the history and heritage behind this great land.” (Jika ada diantara syarat-syarat ini dilanggar, kami ada hak sepenuhnya untuk keluar dari negara ini. Kamu boleh menuduh saya menghasut semangat kenegerian, tetapi buat saya, saya cuma melaksanakan tanggungjawab saya kepada orang Johor dan mengingatkan mereka mengenai sejarah dan warisan tanah yang gemilang ini).
Di dalam satu lagi posting pada 31 Mei tahun ini, antara ungkapan yang ditulis ialah:
Ini pesanan dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada orang-orang yang tidak senang dengan Negeri Johor.
“Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta’zim di dalam Malaysia, Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan Negeri Johor dari Malaysia.”
Tidakkah kedua-dua pernyataan Tunku Ismail berkaitan dengan Bangsa Johor di atas berkisar berkaitan dengan hubungan Johor dengan Malaysia dan tidakkah juga pernyataan-pernyataan tersebut berkisar mengenai amaran serta cabaran supaya Johor dikeluarkan dari keluarga besar Malaysia?
Walau apapun sebabnya kenyataan-kenyataan itu dikeluarkan, tidakkah ianya akan membawa kepada perpecahan?
Kenyataan Tunku Ismail masih belum disimpan di dalam lipatan sejarah kerana ianya dikeluarkan pada penghujung tahun lalu dan pertengahan tahun ini.
Mungkin Sultan Ibrahim di dalam kesibukan Kembara Johor dan sessi pertemuan dengan Bangsa Johor terlepas pandang kenyataan anaknya lalu menempelak Dr Mahathir sebagai jahil mengenai sejarah Johor.
Jika Sultan Ibrahim terlepas pandang agak mudah difahami, namun Khaled Nordin sebagai Menteri Besar dan orang politik seharusnya lebih peka akan isu-isu semasa dan tidak turut mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik dan merendahkan lagi martabat Sultan.
Seharusnya Khaled sebagai penasihat rasmi Sultan, sepatutnya mencerahkan keadaan dan memberi kenyataan yang lebih bijak dan bukannya turut sama mengambil jalan mudah dengan mengatakan Dr Mahathir tidak harus membuat kenyataan yang dia tidak faham.
Menteri Besar Johor, Khaled Nordin
Menteri Besar Johor, Khaled Nordin
Tindakan yang diambil oleh Khaled sekali lagi memperlihatkan kecetekan pemikiran pemimpin Umno hari ini yang tidak ada keberanian untuk menyatakan yang benar walaupun mungkin menerima tempelak dari Istana.
Jika Khaled mempunyai sedikit kebijaksanaan, sudah pasti dia sedar, jika Dr Mahathir cuma memikirkan kepentingannya, sudah pasti dia menyokong konsep Bangsa Johor dan kenyataan Tunku Ismail.
Ini kerana konsep Bangsa Johor itu ditimbulkan oleh Tunku Ismail kerana rasa tidak puas hati Tunku Ismail terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang tertulis di dalam facebook Southern Tigers itu.
Tetapi Dr Mahathir bukan “political opportunist” pengikut Machiavelli di mana“the end justifies the means” ataupun tujuan menghalalkan cara, menjadi penyokong Bangsa Johor ala Tunku Ismail yang mencabar Najib supaya mengeluarkan Johor dari Malaysia.
Jika berlaku kekecohan antara Johor dengan Kerajaan Pusat, sudah pasti Najib akan tertekan dan Dr Mahathir serta pengkritik Najib akan mendapat laba politik yang besar.
Sebaliknya, Dr Mahathir masih memikirkan tentang negara walaupun dia sudah tidak dapat menerima kempimpinan Najib.
Kerana itu, Khaled dan pendokong Bangsa Johor, jika tidak dapat menerima pandangan Dr Mahathir seharusnya tidak begitu bongkak menempelaknya.
Ini kerana keberanian dan sikap bongkak itu ditunjukkan kepada Dr Mahathir kerana menyuarakan kekhuatirannya akan akibat dari sifat kenegerian yang melampau.
Malang sekali sikap sedemikian tidak berani ditunjukkan oleh Bangsa Johor terhadap Najib yang telah mengorbankan Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang anak Bangsa Johor, yang bersuara untuk menegakkan kebenaran.
Di mana keberanian Bangsa Johor apabila Najib berleluasa dengan skandal 1MDB yang membabitkan wang rakyat termasuk Bangsa Johor.
Jika keupayaan Bangsa Johor hanyalah untuk menempelak Dr Mahathir yang risau tentang masa depan kesatuan Malaysia tetapi bertertib apabila berurusan dengan Najib yang memalukan rakyat Malaysia termasuk Bangsa Johor, tidak ada apa istimewanya konsep itu walaupun telah wujud sejak tahun 1920.
Nukilan,
Anak Malaysia Berbangsa Melayu
028854300_1441019152-malay1themuslimtimes-org
-jebatmustdie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.