`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 10, 2016

BILA MUHYIDDIN NAK JAWAB ISU NIKA GEE?

nika gee

SKANDAL seks bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Nika Gee Siew Yee yang merupakan isteri kepada bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Augustin dilihat makin panas apabila Jaringan Melayu Malaysia cuba mendapatkan reaksi Tan Sri Muhyiddin di luar Ibu Pejabat ROS, bagi mengetahui kehadirannya untuk Program Nothing To Hide 3.0.
Sebelum ini Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dengan menampilkan Muhyiddin sebagai tetamu khas bagi memberi ruang kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan apa yang terbuku dihatinya selama ini gagal apabila Muhyiddin tidak muncul.
Program tersebut merupakan platform terbaik kepada Muhyiddin untuk menjelaskan dakwaan menerusi akuan bersumpah (SD) oleh seorang ahli perniagaan bahawa Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Nika Gee.
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen akuan bersumpah (SD) suami Nika yang mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Muhyiddin.
Isteri beliau, Nika  mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor. Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
SD berkenaan juga mendakwa Nika Gee sering bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek kewangan.
Suami Nika mendakwa SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit. Oleh itu, jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.
SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung.
Semalam, Muhyiddin mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu atau singkatnya Pribumi. Parti tersebut dilihat bakal berdepan masalah jika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Presiden parti itu memandangkan skandal Muhyiddin dengan isteri bekas pendakwa raya tersebut bakal dibicarakan kelak.
Persoalan utama kini, bila Muhyiddin akan menjawab isu skandal seks beliau dengan Nika Gee?
  • PRU14.tv

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.