`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 2, 2016

Shafie Apdal tubuh parti baru

Shafie ApdalShafie Apdal
Bekas bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bakal melancarkan parti politik baharu dalam masa terdekat.
Beliau berkata parti tempatan berpangkalan di Sabah akan disertai ramai orang selepas ia dilancarkan nanti.“(Parti) sudah pun ada cuma kita nak lancarkan. Insyaallah bila tempatnya waktunya bersesuaian kita akan lancarkan nanti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna kepada Astro Awani.
Ditanya tentang bekerjasama dengan pembangkang, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata pihaknya perlu “berhati-hati”.
“Saya tengok dulu, bila ada kerjasama sebaik-baiknya kita kena teliti dan hati-hati pasal banyak pengalaman yang pernah kita lalui dalam penggabungan parti-parti ini, yang penting kepada kita rakyat bersatu dahulu,” katanya.

Bekas Ketua Umno Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin parti sejak 24 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.