`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 18, 2016

BERSIH 5: KETUA POLIS NEGARA KATA HARAM, HAKIM MAHKAMAH TINGGI KATA TIDAK HARAM – SIAPA LEBIH LAYAK TAKSIR UNDANG2?

Ketua Polis Negara kata Bersih 5 adalah Haram di sisi undang2.
Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata Bersih 5 Tidak Haram.
Mana satu yang betul ni ?
Siapakah yang lebih layak untuk bercakap mengenai undang2 ….. Ketua Polis Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

FMT

FMT
Ini pula laporan dari Malaymailonline –
Baca pula pandangan peguam Hanif Khatri yang saya copypaste dari FBnya 
KETUA POLIS NEGARA WAJIB PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG ISYTIHAR BERSIH 5 SAH DAN TERATUR DI SISI UNDANG-UNDANG SERTA ARAHKAN POLIS SEDIAKAN DAN SELIAKAN LALUAN ALTERNATIF UNTUK “GERAKAN BAJU MERAH” !!!
1. Pada 17.11.2016, Ketua Polis Negara, KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh KINITV sebagai berkata :
” Tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia adalah untuk memastikan negara kita aman, sejahtera, tenteram, tidak ada perlanggaran apa jua ketenteraman awam. … Kalau (su)dah ada undang-undang Akta Perhimpunan Aman itu yang mengkehendakkan kita mengikut peraturan, peruntukan undang-undang, patuhilah… Kenapa degil sangat tak mahu patuh ? … BERSIH1, BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4, BERSIH 5, sampai bila kita nak sabar ? (So) kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk mempastikan keadaan negara kita kekal aman damai. Hak bersuara kita hormati, tapi kita juga perlu hormati hak-hak orang lain. … “
2. Wahai KHALID ABU BAKAR, pada jam lebihkurang 7.35 malam tadi, Khamis, 17.11.2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui penghakiman Yang Arif Hakim S Nantha Balan telah memutuskan antara lain, untuk menolak permohonan tiga persatuan peniaga di sekitar Jalan Masjid India, Medan Mara dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk mendapatkan perintah injunksi interim (sementara) bagi menghalang Perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah yang akan diadakan Sabtu ini di Dataran Merdeka.
3. Hakim yang sama secara khusus berhubung isu Gerakan Baju Merah, telah membuat Perintah Lanjut bahawa :
“Section 18 of the PAA acts as a safety valve to diffuse any potential conflict therefore it is the duty of the police to prevent a clash or conflict should there is a possibility that it would eventuate … “
4. Maka, KHALID ABU BAKAR anda sudah DIARAHKAN MAHKAMAH untuk :
(a) BENARKAN TANPA HALANGAN segala bentuk perhimpunan awam yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, 19.11.2016 !!,
(b) SEDIAKAN dan SELIAKAN JALAN ALTERNATIF untuk diambil oleh ‘Gerakan Baju Merah’ supaya ianya tidak bertembung dengan jalan dan laluan aman “BERSIH 5”, sebagai tanggungjawab undang-undang pihak POLIS di bawah SEKSYEN 18 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 !!
5. JUSTERU, Wahai KHALID ABU BAKAR, anda WAJIB PATUH PERINTAH MAHKAMAH ini, dan jangan pula anda yang sebenarnya INGKARI UNDANG-UNDANG mahupun lakukan PENGHINAAN TERHADAP PERINTAH MAHKAMAH !!!
PATUH !!! JANGAN TIDAK PATUH !!!
Mana satu ni ? ?
Sekali lagi saya tanya – Dalam soal menafsir undang2 … siapakah LEBIH LAYAK – Ketua Polis Negara Atau Hakim Mahkamah Tinggi ?
DIN TURTLE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.